Archive for the saleh yaakob: Category

Abang Jem….: anda memang hebat….tabik untuk kamu…

Posted in saleh yaakob: on May 18, 2010 by sekamarrindu2009

Abang Jem memang hebat..

KELUARGA bahagia…Salih Yaccob bersama ketiga-tiga isterinya (dari kiri) Norlizah, Norraha dan Norfara Wahida bersama lapan daripada sebelas anak-anaknya.



Sejujurnya saya amat kagum sekagum-kagumnya mendengar cerita tentang Salih Yaakob. Hari ini di ruagan MEGA Utusan Malaysia (18hb Mei 2010) memaparkan betapa mesranya ketiga-tiga isteri Salih Yaakob ( Abang Jem)..Buat yang tak tahu, Salih Yaakob dah kawin 3 orang. Lagi satu jer nak cukup kuota maksimum. Kepada suami-suami yang berniat nak kawin lebih dari satu, sila contohi keadilan dan kehebatan Abang Salih. Terutamanya kepada artis-artis lelaki yang sampai bercerai-berai nak kawin lain sedangkan tak mampu nak buat camtu.

Abang Salih Yaakob nie ada jadual balik rumah isteri-isterinya setiap hari. Yang paling penting, 3 isteri dia memang kawan baik. Kamceng la kiranya. Tu yang kadang-kadang kalau Salih Yaakob tersilap balik rumah (maklumlah bini ramai sangat), diorang bertiga rileks jer. Takder nak gaduh-gaduh. Mungkin sebab diorang tahu Salih Yaakob tak ada niat nak balik tersalah rumah kot…

Lepas tu saya dengar masa isteri no 3 nak bersalin, isteri no 2 yang pergi hantar gi hospital. Memang bagus. Mana ada cerita kebahagiaan rumah tangga zaman moden sampai begitu sekali. Selalu kalau laki yang berkawin dua pun, bini no 1 gi serang bini no 2 bawak parang. Ini siap leh hantar gi bersalin dan tanamkan uri bayi baru lahir tue lagi. Kagum gila-gila saya dibuatnya.

Untuk menambahkan lagi kekaguman saya, kalau tak silap isteri no 1 dan isteri no 2 punya rumah sebelah sebelah saja. Lepas tu ada suatu masa tu.. isteri no 1 ngan isteri no 2 ni minta kebenaran nak pergi umrah bersama-sama kat Salih Yaakob. Tengok tu betapa adilnya Salih Yaakob hingga bini-bini dia boleh jadi member baik sampai tahap macam tu sekali.



p/s: saya seorang cukuplah…..hehehe.**



Advertisements