Archive for the santai petang Category

kelebihan wanita jadi Juru Tol…….

Posted in santai petang on December 7, 2010 by sekamarrindu2009

gambar hiasan

Tol..toll…tol…….mungkin kita pernah dengar lagu ni kan..( ya ke? )…lagu yang glamer lewat masa dulu…bila bercakap dengan tol sebenarnya, wanita lebih banyak kelebihan…..
antara kelebihan-kelebihan wanita menjadi juru tol nak tahu….:)
  • kalau musim buah-buahan mesti best.. dapat buah durian dan rambutan free masa keje..( ada…pernah saya tengok dulu masa on the way ke KL dulu)
  • dapat duit poket dari pemandu lelaki yang bayar duit tol dengan duit besar ” keep the change”..fuhh..bestnya…
  • hanya dengan melemparkan senyuman yang manis atau kata-kata manis pemandu malam hilang mengantuk… contohnya..” hai bang….ngantuk ker..?”
  • hehe..dapat bunga, ada tu, siap bagi kad lagi.. Ajak keluar makan.., nak pergi tu belum laa tentu lagi, tapi yang penting dapat bunga…:))
  • dapat berkenalan dengan pemilik-pemilik kereta yang mahal-mahal…mana tahu, dapat jodoh.siapa tahu…( khas yang belum kawin saja laaa..)

…..

Advertisements

cara mengetahui Karater Budak-Budak Melalui Gaya Tidur…

Posted in santai petang on November 23, 2010 by sekamarrindu2009

Nama lagikan budak-budak…dunia dia orang yang best….main.., makan, tidur…, main..makan..tidur… sama mcm aku dulu laaaa…. dunia budak-budak yang best…
Masa depan seseorang tu kan..kita boleh lihat sejak dia orang masih kecil lagi..percaya tak?..Salah satu caranya ialah dengan memerhati sifat-sifat atau tabiatnya terhadap sesuatu perkara. Salah satu caranya ialah kaitan dengan gaya TIDUR kanak-kanak tersebut..
Kalau Budak Itu Tidur Terlentang:
Budak-budak yang tidur gaya ini, ada harapan sampai besar pun kerjanya cuma terlentang di ruang tamu menonton TV saja.

Kalau Budak Itu Tidur Menairap
Besar kemungkinan budak-budak yang tidur dengan cara menairap bakal menjadi askar ataupun tukang urut yang mengurut pesakit sambil menairap……hehehe..

Kalau Budak Itu Tidur Mengiring
Tidak mustahil budak-budak yang tidur dengan cara ini, bila besar nanti akan menceburi kerjaya sebagai Pengiring, orang-orang besar/kenamaan, kalau tak pun, mungkin sebagai tukang cuci piring..

Kalau Budak Itu Tidur Berdengkur
Budak-budak yang kecik-kecik lagi dah kuat berdengkur memang cerah harapan kerjanya nanti ialah selalu berdengkur di tempat kerja…..ishhh..jangan diamalkan..
Kalau Budak Itu Tidur Mengigau
Budak-budak yang kuat mengigau masa tidur ini, sangat cerah peluang untuk menjadi apa saja bila besar nanti..saling tak tumpah mcm dalam cete Labu Labi
Kalau Budak Itu Tidur Kencing Tilam
Jangan terkejut jika budak-budak yang tidur selalu kencing tilam, ini bila besar nanti akan menjadi pereka tilam yang terkenal.. yang kalis air dan bau khas untuk kanak-kanak.. siapa tahu kan??
p/s; jangan ambil serius tau..ini cuma entri melawak je ni…saja ceriakan hati di petang yang hening ini..