Archive for the sebelum akhirat Category

Terkesan Melihat Drama " Sebelum Akhirat" Di TV 3 Malam Ini…..

Posted in sebelum akhirat on November 7, 2010 by sekamarrindu2009

Drama yang sarat dengan pengajaran

lakonan yang mantap oleh Fauzi Nawawi

Malam ini, entah mcm mana saya boleh terlihat cerita telefilem sempena Anugerah Skrin ” Sebelum Akhirat” hasil lakonan mantap yang telah dilakonkan oleh Fauzi Nawawi, Lisdawati, Yalal Chin, Hsiam Ahmad Tajuddin, Fadilah Mansor dan ramai lagi..
Sinopsis “Sebelum Akhirat”
Mubarak (lakonan Fauzi Nawawi) tiadak lagi mampu bergerak meskipun di dalam hatinya meronta agar kembali sihat untuk menebus kembali segala dosa-dosanya yang silam. Namun ternyata semua itu hanyalah sia-sia kerana dia kini hanya terlantar di atas tilam di sebuah rumah usang yang jauh dari segala kemewahan yang beliau kecepai sebelum ini.
Mubarak menjalankan perniagaan haram, seperti menjadi tauke ceti haram atau along dan mengenakan bunga yang tinggi, menerima habuan apabila memberi wanita cantik kepada orang kaya dan setelah perempuan itu mengandung, Mubarak membawa perempuan2 yang mengandung itu untuk digugurkan..
Mubarak juga memberi duit kepada kedua ibu bapanya untuk menunaikan umrah, ibu bapanya tidak mahu menerima duit tersebut apabila mengetahui duit tersebut datang dari sumber yang haram. Mubarak yang rasa terhina lantas melemparkan kata-kata kesat dan meninggikan suara terhadap kedua ibu bapanya.(.di sini memang saya terpukau dengan lakonan mantap Fauzi)
Dalam masa yang sama sebelum itu, Mubarak berkenalan dengan Noridah, gadis sekampung ( lakonan Lisdawati). Hubungan mereka semakin intim namun, Mubarak tidak pun berhajat untuk mempersiterikan Noridah. Mereka ditangkap khalwat dan akhirnya terpaksa dinikahkan.
Setelah menjadi isteri Mubarak barulah Noridah mengetahui pekerjaan sebenar suaminya. Noridah dipaksa melayan pelanggan di rumah sendiri. Noridah cuba untuk melarikan diri ke rumah Mrs Wong. tetapi sekali lagi dia menjadi mangsa kerana Mrs.Wong sebenarnya ibu ayam yang giat menjalankan aktiviti pelacuran. Noridah membuat aduan polis tetapi kerana tidak cukup bukti untuk mendakwa Mrs Wong. dia terlepas.
Cerita diakhiri dengan ibu bapa Mubarak sempat mengampuni segala dosa2 anak-anaknya. Ibu mana yang tidak sayangkan anak..walau anak sejahat mana sekalipun..dalam bab ini konflik jiwa si ibu Mubarak begitu menonjol..
Cerita ini penuh dengan pengajaran yang sangat berguna..terutamanyaa yang melibatkan penderhakaan terhadap orang tua, Allah swt akan membalas di dunia lagi…saya percaya telefilem ini akan memenangi beberapa kategori dalam Anugerah Skrin TV 3 tak lama lagi..

– apa khabar?