Archive for the sebelum balik kerja.. Category

Dia Orang Buat Apa BIla 4.15 petang / sebelum balik kerja…??

Posted in sebelum balik kerja.. on November 26, 2010 by sekamarrindu2009

Ada orang katakan…kerja kerajaan ni memang best..yalah,,dari segi masa depan terjamin la juga..zaman dulu-dulu kalau kat kampung, mana-mana jejaka yang dapat kerja kerajaan ini, saham nya naik..ramai la orang dok idam-idam nak ambik buat menantu..kerja kerajaan la katakan…tapi sekrang ini, tak tahulah persepsi mcm tu ada lagi ke tak… tak kisah la kerajaan ke atau swasta pun..janji dapat rezeki yang halal…
Tapi bukan soal persepsi tu yang aku nak heboh-hebohkan..cuma nak mengupas sikit apa yang kakitangan kerajaan ataupun swasta BUAT sebelum balik dari kerja, ( Bukan SEMUA) apa yang dia orang buat..sama ada betul ke tak tu soal lain..tapi memang berlaku jugakan….mari kita tengok sama-sama..
  • Bos ( apa yang dia buat sebelum balik rumah….), mungkin bos waktu2 mcm ni dok tengah mengurut2 dahi memikirkan masalah syarikat yang dah nyawa2 ikan..asyik2 rugi je… ataupun masalah kakitangan di bawahnya yang ramai tu…dan last sekali mesti bos akan lihat apa agenda pada keesokan harinya..meeting ke..apa ke..
  • Sekretari ( Setiasuaha Bos la ni..) mungkin sedang sibuk menyusun jadual bos untuk esok, dan mungkin buat-buat sibuk kerana bos belum balik lagi nih.. kalau tak pun, mesti dok tengah susun-susun meja bos yang berselerak..
  • Kerani pula sebelum balik kerja, mesti dah sibuk untuk memakai mekap, kerana masa balik nanti biarlah nampak cantik, walaupun bau badan yang dah nak masam. bagi yang lelaki pun sama dah mula ke tandas untuk sikat2 rambut dan basuh muka..
  • Opis Boy, masa ini dah mula sibuk menympan fail-fail, kalau tak pun pergi melepak di bilik komputer layan internet, buka fesbuk, main sms atau main game ( alaa.game daun terup tu…), ada juga yang bergayut di telefon opis, menyamar jadi pegawai.
tu antara contoh yang saya nampak..

– bukan semua…mungkin segelintir saja..