Archive for the segmen abg ben..masihkah kau ingat Category

>BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT ??

Posted in segmen abg ben..masihkah kau ingat on January 15, 2011 by sekamarrindu2009

>

Segmen abg ben saya join lagi hari ini….terima kasih buat abg ben kerana membuat segmen ini…
  1. Sila letak header BEN ASHAARI BLOG
  2. Tajuk : BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT ?? dan linkkan ke entri ini ..
  3. Sila taipkan cerita dengan mengambil point yang diberikan diatas sebagai panduan dalam.. Ingat , setiap karangan mestilah MELEBIHI 100 patah perkataan ! Lebih tauuu.. kalau kurang , aku takkan senaraikan ...
    Saya menjadi blogger tahun 2008, iaitu awal tahun 2008, sepanjang menjadi blogger ini, memang terlalu banyak kenangan sama ada pahit dan manis saya kutip..itulah harga seorang blogger..manis apabila boleh berinteraksi dengan ramai sahabat tak kira di mana beliau berada..pendek kata di seluruh dunia ada sahabat blogger..walaupun kadang-kadang kala tidak mengenali dan hanya berjumpa hanya di dunia siber tapi cukup memberikan keceriaan buat saya. Sebulan pertama apabila blog ini, Blog Sekamar Rindu ini diwujudkan, hanya ada 1 follower saya yang follow..itupun saya sendiri ( hehhehe)..tapi dengan berkat kesabaran yang tinggi, setapak demi setapak menerokai dunia blog ini…sedikit sebanyak saya belajar dari blogger yang hebat spt blogger abg ben, contohnya..
    Dari segi pahit juga memang ada..biasalah dunia blog..sebenarnya sebelum ini saya blog saya yang pertama ialah bukan blog ini, tapi atas perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa menutup blog tersebut. Cacian dan kejian memang ada..apabila mereka tidak bersetuju dnegan entri yang saya paparkan.. kadang2 apa yg kita tulis berdasarkan fakta, dan blog kita, umpama daerah kita, kita boleh menulis apa saja, selagi tidak bertentangan dengan peraturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berwajib, itu hak kita, tapi itulah..kita tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang…tak berdaya dengan tekanan, saya tutup blog pertama..dan saya harap blog ini akan kekal, tidak berlaku spt yang sebelum ini.Blog saya dulu juga pernah disabotaj dengan dan macam-macam lagi..
  4. Berikan satu nasihat buat blogger blogger baru …
    Sebenarnya saya rasa tidak layak untuk memberi nasihat tentang ini, sebab saya pun masih terlalu mentah dalam dunia blogging ini..tapi cuma satu saja yang boleh saya katakan..blogginglah dengan baik dan janganlah melanggar undang2 yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan..perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum, janganlah ditulis..kerana tak pasal-pasal kena Internal Security Act 1960 ( ISA).
  5. Sila berikan satu blog yang telah korang FOLLOW hari ini .. Paling terkini !! Tulis urlnya .. dan kenapa korang follow blog tu.. haaaa ..
    hari ini follow blog : tubelawak.blogspot.com. kenapa follow blog ini? blog ini menarik, penuh dengan informasi, pelbagai entri yang sangat best untuk dibaca.

Advertisements