Archive for the selamat hari guru. Category

16hb Mei 2010 Selamat Hari Guru Buat Kamu dan semua Guru Di Seluruh Malaysia…

Posted in selamat hari guru. on May 15, 2010 by sekamarrindu2009

Selamat Hari Guru kepada guru di seluruh Malaysia, 16hb Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Commitee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak ( Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. Hari guru merupakan suatu hari penghormatan bagi semua guru di seluruh negara. Hari tersebut perlu diraikan sama ada di peringkat kebangsaan, negeri dan peringkat daerah.

Sambuatan Hari Guru di sekolah saya akan disambut pada 17hb Mei 2010, memandangkan 16hb Mei 2010 jatuh pada hari Ahad. Oleh kerana sambutan hari guru ini berada di bawah pentadbiran Guru Penolong Kanan ko-kurikulum, maka pelbagai aktiviti telah saya aturkan bagi memeriahkan lagi sambutan pada hari ini. Antaranya pertandingan untuk Tahap 1 ( Tahun1,2, dan 3) melukis gambar guru yang disayangi dan akhirnya pelajar ini akan memberi pada guru yang berkenaan. Pasti ada ramai yang mendapat lukisan itu, aktivti yang seterusnya; persembahan nyanyian dan lakonan murid-murid yang meniru aksi guru-guru, murid-murid yang kreatif pada akan dapat meniru gaya dan aksi guru-guru, sama ada sedang marah, dan lain-lain lagi.

Bagi pelajar-pelajar Tahap 2 ( Tahun 4, 5, dan 6) pula, saya telah aturkan banyak aktiviti seperti Pertandingan Deklamasi Sajak bertemakan “Hari Guru”, Persembahan murid seperti tarian dan nyanyian bersama iringan muzik, biasalah, saya yang akan mengetuai aktiviti ini bersama-sama murid-murid yang telah dilatih sejak sebulan yang lalu, yang pastinya saya akan menyanyikan beberapa buah lagu..tu biasalah tu.. Penyertaan pelajar pula saya difahamkan sangat menggalakan juga dan setakat semalam (Jumaat), setiap guru kelas telah memaklumka ramai pelajar akan menyertainya…

Kepada guru-guru pula, saya telah mencadangkan agar semua guru menyediakan satu hadiah (dalam lingkungan RM 20) untuk ditukar-tukarkan hadiah kepada guru-guru di akhir program nanti..( saya sedang memikarkan apa lah hadiah apa yang sesuai..). dan selepas itu aktiviti akan diteruskan untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk memberi hadiah kepada semua guru, di sini kita akan dapat melihat guru mana yang dapat hadiah yang paling banyak..Selalunya saya lah guru yang paling sedikit sekali menerima hadiah..hehehe..saya tidak mengharapkan apa-apa hadiahpun..

Acara akan diakhiri dengan jamuan untuk semua guru dan murid yang akan dibuat di kantin sekolah. Terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG, kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 1000., walaupun jumlah tersebut masih belum mencukupi, pandailah saya menguruskannya nanti, janji majlis hari guru berjalan lancar.

Kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan “SELAMAT HARI GURU” kepada semua guru di Malaysia. bertepatan dengan tema hari guru pada tahun ini “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”. Tema ini dipilih berdasarkan peranan guru sebagai pendidik terbukti dan menjadi harapan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat.

Guru-guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan dan mentransformasi ilmu yang baik, meninggikan adab, sikap murni yang diredahi Allah swt, memberi petunjuk arah yang benar dan sebagai pemudahcara proses pembelajaran.
“Kepada kamu, insan yang sangat disayangi dan lagi dicintai, “jantung bulanku” panggilan abang kepadamu sejak dulu lagi hingga kini, “Selamat Hari Guru” abang ucapkan kepadamu. Semoga sentiasa cekal dan tabah dalam mendidik, membangun negara…”
Advertisements