Archive for the SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT SAYA.. Category

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT SAYA..

Posted in SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT SAYA.. on August 26, 2011 by sekamarrindu2009

9.00 pagi
hari ni aktiviti di sekolah dimulakan dengan aktiviti bacaan surah yassin dan solat hajat bagi
memohon kehadrat Allah swt agar dibuka, dilapangkan hati untuk pelajar-pelajar saya menjawab exam upsr pada 13, 14 dan 15hb September 2011 nanti..
11.00 pagi
semua pelajar berkumpul di dewan untuk mendengar ucapan daripada guru besar dan ucapan saya sebagai guru bertugas minggu ini. seperti biasalah saya mengingatkan semua pelajar yang akan ambik exam beraya tu biarlah berpada-pada, jangan dilupa juga untuk mengulangkaji pelajaran, masa dah suntuk untuk hadapi exam.
11.30 pagi
aktiviti memberi duit raya pada pelajar-pelajar saya.. dan seperti biasalah spt tahun2 yang lepas banyak jugalah saya terima kad2 raya daripada pelajar2 saja tu..terima kasih banyak..!
kesempatan yang ada ini, saya mahu mengucapkan
SELAMAT MEYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SAHABAT-SAHABAT DI SEKAMAR RINDU .. MAAF ZAHIR & BATIN.
“Allah menunjukan jalan kebenaran
dengan menurunkan Al-Quran
manusia meraih kebahagiaan
dengan meniti jalan kebenaran
hari lebaran menjadi penuh kebahagiaan
bila para sahabat saya memaafkan
semua kesalahan…”


Advertisements