Archive for the selamat ulangtahun anaklaut Category

Selamat Ulangtahun 1 Anaklaut : 13hb Mac 2009- 13hb Mac 2010…

Posted in selamat ulangtahun anaklaut on March 13, 2010 by sekamarrindu2009

Dashboard anaklaut

anaklaut yg ku sayang..

13hb Mac 2009-13hb Mac 2010

Follower saya…yang sangat dihargai

Azimat yg tetap kekal di situ

Buku Pelawat saya…

Entri Pertama 13hb Mac 2009

Tanggal hari ini 13hb Mac 2010, adalah genap 1 tahun blog kesayangan saya : ANAKLAUT BLOG, Tanggal 13 hb Mac 2009, sebelum ini saya tidak ada pengetahuan langsung mengenai dunia blog, sejak tarikh itu, saya mula aktif blogging, pantang ada masa pasti ada saja yang saya ingin update.

selamat menyambut ulangtahun pertama buat ANAKLAUT yang pertama, semoga ukhwah saya bersama sahabat-sahabat saya,tidak akan terputus… Antara entri yang paling menyentuh rasa di anaklaut blog dulu, ialah entri yang menceritakan detik-detik cemas semasa saya berjaya menyelamatkan seorang budak perempuan yang hampir masti lemas di pantai Port Diskson. Dengan kudrat yang ada, saya gadaikan nyawa untuk menyelamatkan budak malang tersebut.

kedua, entri yang paling memberi kesan pada saya semasa bersama di Stadium Nasional Bukit Jalil, iaitu di Final TM Piala Malaysia, pada 07hb November 2009 tahun lepas. ( Kelantan lwn Negeri Sembilan), di mana kereta saya yang menggunakan plat Negeri Sembilan, dipancitkan tayar, sehingga pulang ke rumah jam 5.00 pagi.

Anaklaut ini ialah sangat istimewa, namanya. Ramai yang tertanya-tanya mengapa menggunakan nama anaklaut, mengapa tidak menggunakan nama anak darat, dan lain-lain lagi.

maka inilah jawapannya: Pertama: inilah nama yang diberikan oleh orang kesayangan saya, awrah tunang saya, sebelum dia dijemput Ilahi, kerana kemalangan.Kedua: Saya memang sangat menyukai laut…kalau sahabat2 perasan, semua pic di dalam entri sama ada di anaklaut blog dan sekamar rindu, saya banyak letakkan gambar laut. Memahami laut, kita akan memahami akan kehidupan, hidup kita seumpama berlayar di tengah-tengah lautan yang luas, kekadang kita dihempas gelombang, dan mungkin seandainya tidak betul-betul menghadapi semua itu pastinya akan karam ditelan taufan yang mengganas. Belajar laut juga juga kita pasti memahami betapa sejuknya dan damainya sang bayu, menyejukkan jiwa, itulah realiti kehidupan di alam fana ini..

Lihatlah air laut tu..
jadikanlah seperti tenangnya
yang menyenangkan sukma.
yang menterteramkan jiwa..
bukan seperti gelombangnya..
yang menghempaskan segalanya..
yang menenggelamkan semua..

lihatlah sang bayu itu..
jadikanlah seperti lembutnya..
yang menyegarkan tenaga..
yang menyejukkan jiwa.
Bukan seperti ributnya..
yang meranapkan semua..
Akhir kata, Selamat Menyambut Ulang Tahun 1 Blog Anaklaut…
Advertisements