Archive for the sesi 2011 bermula esok Category

>selamat kembali ke sekolah esok

Posted in sesi 2011 bermula esok on January 2, 2011 by sekamarrindu2009

>

esok 3hb Januari….bermulanya sesi persekolahan yg baru 2011, bagi negeri-negeri di Malaysia (kecuali Kedah Kelantan dan Terengganu) yang sesi persekolahannya bermula hari ini. Hari ini adalah hari terakhir yang boleh bersantai-santai depan laptop update blog melebihi 10 entri sehari…lepas ni tak ada lagilah yg boleh buat mcm tu.. sentiasa busy maklumlah di awal-awal sesi ini mesti banyak urusan yg perlu diseslesaikan.. lebih-lebih lagi tahun ini saya diamanahkan mengajar Tahun 1.. satu pengalaman baru….
Tahun 1, pada tahun ini bermulanya kurikulum baru, yang dikenali Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bukan saja sukatannya berubah malah pelbagai elemen-elemen baru telah dimasukkan juga dan perlu diterapkan pada setiap murid di tahun 1, antaranya Elemen Keusahawanan, Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Elemen Kreatif dan Inovatif…

Apapun, selamat kembali ke sekolah buat semua pelajar-pelajar dan guru-guru..ingat tanggungjwab kita..mendidik dan membangunkan anak bangsa.. sama-sama kita hayati puisi daripada Dato’ Usman Awang..yang ditulis pada tahun 1979
Guru
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG 1979

p/s Guru biasa..yang mengajar Tahun 1 untuk sessi 2011

Advertisements