Archive for the sesi hari pertama sekolah.. Category

>catatan hari pertama di sekolah hari ini…..

Posted in sesi hari pertama sekolah.. on January 3, 2011 by sekamarrindu2009

>

hari ini bermulanya sesi persekolahan……6.50pagi saya dah sampai ke sekolah, nampak saja kereta saya memasuki kawasan sekolah, pelajar-pelajar saya bergegas bersalaman, mencuim tangan, sangat terharu.. ada yang tolong bawa barang-barang, buku-buku..terharu juga..ishh..

masuk ke blik guru, melihat apa-apa yang patut untuk sesi perhimpunan rasmi pukul 7.30pagi nanti. 7.10pagi, masuk ke blik saya, yang dah sebulan lebih ditinggalkan..melihat apa-apa yang sesuai yang perlu diambil tindakan, membaca beberapa surat yang berada di bawah tanggungjwb saya..

7.30am bersiap untuk perhimpunan rasmi, pelajar-pelajar dah pun menyusun kerusi di Anjung Hikmah (tempat perhimpunan), saya mengarahkan ketua pelajar bersedia..Cd lagu2 lagu Negaraku, Kebesaran Negeri Sembilan, dan Lagu Sekolah juga saya berikan pada Ketua Murid.

Selepas membaca doa, Tuan Pengerusi Majlis ( murid menjemput saya berucap…hari pertama dah bertugas ..), ucapan yg biasa saja mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru, dan pelajar2 lama di sekolah ini. Juga mengalu-alukan para ibu bapa yg dah ada untuk proses pembayaran yuran hari ini….

Jam 9.00pagi, saya dan berberapa GPK dipanggii oleh guru besar untuk taklimat ringkas, saya diamanahkan memantau proses pembayaran yuran hari ini…alhamdulillah semunya berjalan lancar..

10.00 pagi sekolah saya dilawati oleh pegawai-pegawai daripada PPD seramai 4 orang untuk meninjau perjalanan sekolah pada hari pertama.. guru besar dan saya menjadi guru pengiring bagi membawa pegawai-pegawai PPD melawat bagi memantau dari kelas ke kelas..semuanya berpuas hati di hari pertama sesi 2011.

jam 12.00-12.30 tengah hari, memulakan pengajaran Science Year 4, belum sempat mengajar, guru besar dah memanggil saya untuk taklimat bagi kali kedua. taklimat ini berkaitan seorang guru di sekolah saya telah mendapat arahan bertukar sekolah, dan beberapa hal yang berkaitan dengan kelas KAFA..

1.30 petang baru selesai taklimat dengan guru besar.. pendek kata hari ini..perjalananan sekolah berjalan sangat lancar, dan tidak ada masalah yang besar berlaku.

perkara-perkara yang sudah diambil tindakan
  • semua murid telah mendapat buku teks ( 100% selesai)
  • semua guru kelas telah dibekalkan dengan keperluan-keperluan yang mencukupi ( untuk kelas)
  • kerusi dan meja untuk murid termasuk pra mencukupi ( 100% selesai)
  • Hari pertama dah memulakan sesi pengajaran
  • Semua pelajar dah membeli buku2 tulis ( seminggu sebelum ini) so sudah tidak ada masalah.
  • Perjalanan di kantin sekolah memuaskan…dan semua dalam keadaan baik
  • Surat dari Kementerian Pelajaran belum terima bagi memastikan berapa bilangan yg akan medapat RMT ( Rancangan Makanan Tambahan)**
  • Menerima beberapa surat dari BaitulMal, bagi murid-murid yg miskin dan tidak mampu membayar yuran..** ( ada 4 pelajar.akan mendapat bantuan e-kasih daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Kementerian Pelajaran Malaysia, nama yg saya hantar ke Kementerian telah diluluskan.

2.00 petang, masuk bilik ambil barang-barang dan pulang ke rumah, saat ini semua guru dan pelajar dah balik..saya orang terakhir meninggalkan sekolah.

2.15 petang, sebaik keluar dari kawasan sekolah, terpandang salah seorang abg yang membayar yuran tadi, keretanya pancit… berhenti tolong dia..tolong apa yg patut..walaupun dalam hujan renyai-renyai.

Sampai di rumah, solat, makan tengah hari…..dan update blog ini…..:)

Advertisements