Archive for the Shaheizy Sam Bintang Paling Popular Category

>Tahniah..!! .Shaheizy Sam Bintang Paling Popular

Posted in Shaheizy Sam Bintang Paling Popular on April 4, 2011 by sekamarrindu2009

>

GENTING HIGHLANDS: Pelakon utama filem Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, di sini sebentar tadi. Shaheizy, 29, meraih 126,168 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir.

Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi.

Shaheizy juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Trofi Bintang Paling Popular 2009 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang pada majlis kemuncak ABPBH 2010 di Arena of Stars, di sini bertemakan Moden & Klasik dengan disaksi lebih 5,000 penonton.


Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Rosnani Jamil Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir Penyanyi Wanita Popular – Yuna

Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani
Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Sixth Sense
Artis Nasyid Popular – Rabbani
Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan Artis Komedi Wanita Popular – Norkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular – Shahir
Artis Baru Wanita Popular – Ana Raffali
Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana