Archive for the siapakah kamu…? Category

>Siapakah yang menulis kata-kata yang begitu indah ini di entri saya..??

Posted in siapakah kamu...? on May 4, 2011 by sekamarrindu2009

>

siapakah kamu..?

Siapakah yang menulis kata-kata yang begitu indah ini..? kata-kata di bahagian komen di entri saya…sungguh indah sekali, ternyata penulis kata-kata ini bukan calang-calang orang…hebat dalam tutur kata ..indah dalam menyusun bait-bait yang sesiapa saja boleh menggetarkan jiwa…
apapun terima kasih kepada yang menulis ini….walaupun saya tak tahu sesiapa penulisnya. sebagai membalas komen-komen dari penulis tanpa nama ini…saya ada puisi khas buat beliau..
” bahagiakah kamu…
ketika musim hujan tiba
ku bukakan payung untukmu
kita saksikan titisan-titisan air
berebut jatuh di hujungnya..

bahagiakah kamu..
ketika musim bunga tiba..
ku petik setangkai buatmu..
kelopak-kelopaknya bertaburan di antara jejemari kita..

terasa berada di gelombang laut..
arus membawa ke celah teluk..
ombaknya menjadi ombak bertaut
antara kita..

bahagiakah kamu…?
di entri “Sudah Menjadi Adat”

Tanpa Nama berkata…

yang tinggal biarlah hanya kita berdua menjadi penunggu setia bulan dan bintang di malam hari.

loveeeeee youu!

4 Mei 2011 4:10 PM
di entri dalam “Kamar Waktu Yang Tak Berpintu”

Tanpa Nama berkata…

cahaya dalam sekamar rindu akan selalu ada biar pun kabut selalu hadir menyimbah perjalanan hidup kita….

cahaya kasih kita di sekamar rindu pastinya syahdu…penuh cinta..

love you..

4 Mei 2011 4:16 PM

di entri “Kunikmati Detik-detik rindu petang ini”

Tanpa Nama berkata…

rintik yang merindu antara dedauan kasih kita..menjadi tanda bahawa hati kita gelora tiada taranya…

diam rindumu selalu..walau dalamku..

4 Mei 2011 4:23 PM

Advertisements