Archive for the Siaran Berita Di Nepal Guna Pelita Ayam Masa On Air.. Category

>Siaran Berita Di Nepal Guna Pelita Ayam Masa On Air..

Posted in Siaran Berita Di Nepal Guna Pelita Ayam Masa On Air.. on March 15, 2011 by sekamarrindu2009

>Salah satu stesen televisyen kenamaan di Nepal memulakan siaran berita malamnya dengan cahaya remang. Hal tersebut dilakukan untuk menunjukkan kesan dari selalunya terputus bekalan elektrik. (standbay)

Sejak awal Februari, Televisyen Kantipur hanya menggunakan minyak tanah untuk menyinari lampu dalam siaran berita yang tayang selama 30 minit.

Ketua redaksi Kantipur mengatakan bahawa tujuannya dibuat seperti untuk memberikan tekanan kepada pemerintah untuk mengatasi masalah.

Nepal ketika ini mengalami pemotongan aliran elektrik selama 12 jam sehari, demikian laporan BBC.

“Kami ingin pemerintah membaiki keadaan ini secepat mungkin,” ujar ketua redaksi Kantipur Tirtha Koirala.

“Sejauh ini kami mendapatkan respon positif dari para penonton, tapi belum ada tanggapan sama sekali dari pemerintah,” sambungnya.

Meskipun memiliki potensi untuk menggunakan sumber tenaga air, tapi keperluan elektrik di Nepal hanya mencukupi setengahnya dari keperluan negara tersebut.

Perang dengan pemberontak Maois yang berlangsung selama 10 tahun dan berakhir pada 2006 lalu membuat pelaburan sukar masuk.

Ditambah lagi dengan rosaknya pusat kawalan elektrik kerana banjir melimpahnya air Sungai Kosi pada 2008.

Koirala mengatakan bahwa dia akan terus menyiarkan berita seperti ini hingga pemerintah mahu memberikan tindakan sewajarnya.

p/s: tak dapat bayangkan kalau kat Malaysia pun jadi mcm ni……..ishhhhh..

p/s: terpaksa tido awal…esok ada Seminar GPK di Seremban…mana2 komen saya akan balas esok….tq

sumber: Klik Sini