Archive for the stop smoking Category

Tajuk : TOLONGLAH KAMI .. Dah la merkokok tu abang oooiii….

Posted in stop smoking on December 11, 2010 by sekamarrindu2009

Saya join lagi segmen abg ben, tajuk ini memang best dan sangat berkait rapat dengan rakan-rakan saya yang merokok ( rakan guru)…..
1. Ceritakan satu kenangan yang pernah anda lalui melibatkan isu merokok di tempat awam.
Kisah ini sangat mengejutkan saya juga sebenarnya apabila saya tersempak dengan 3 anak murid saya yang merokok di tempat awam, dengan serta-merta saya memberhentikan kereta sambil menurunkan cermin kereta, saya merenung tepat ke muka anak murid saya tersebut.. Oleh kerana di luar kawasan sekolah saya tak dapat buat apa-apa.. tapi kalau ianya berlaku di dalam kawasan sekolah, saya akan sebat pelajar yang merokok tadi tanpa segan silu lagi. Sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum serta guru displin sekolah, saya akan ambil tindakkan tegas.
esoknya, saya tetap memanggil pelajar yang saya jumpa petang semalam untuk memberi nasihat ( pelajar tahun 6 yang merokok) tak perlu membazir duit yang ayah bagi untuk membeli makanan dengan membeli rokok…tapi itulah, siapalah kita yang nak menghalangnya..jikalau ayah pun tak marah si anak tu merokok…
2, Pernahkah anda menegur mereka yang merokok di tempat awam dan apakah tindakan yang diambil mereka?
Tak pernah la abg ben…tapi kalau dengan kawan-kawan yang rapat tu ada juga bagi nashat..tapi dia orang tak akan dengar pun nasihat yang kita beri. Sejujurnya saya amat benci orang merokok ni..tapi apa nak buat, ramai kawan2 saya yang merokok.. nak tak nak terpaksa join juga.. cuma apabila kawan saya menghulurkan rokok..” maaf..saya tak merokok..” sambil senyum..
3. Rayuan anda pada mereka yang suka merokok di tempat awam.
“Tolonglah abang-abang…janganlah rokok di tempat awam..asap rokok yang dihembus tu boleh membahayakan orang lain juga….kalau abang-abang tak kesian kan diri abang tu..tolong kesian kan diri kami yang tak berdosa ini…” ok ke kalau mcm tu..?
siapa nak join segmen ini boleh klik blog abang ben

Advertisements