Archive for the Suami cekik isteri kerana Isteri tegur jumpa kekasih Category

>Suami cekik isteri kerana Isteri tegur jumpa kekasih

Posted in Suami cekik isteri kerana Isteri tegur jumpa kekasih on April 14, 2011 by sekamarrindu2009

>

gambar hiasan

GOMBAK: Akibat tidak tahan leteran isteri, seorang suami mencekik dan menampar muka isterinya ketika bertengkar di rumah mereka di Kampung Selayang Indah, di sini, pagi kelmarin.

Lebih kejam apabila lelaki berusia 30-an terbabit melepaskan geram terhadap anak lelaki mereka berusia lima tahun dengan menolak kanak-kanak itu hingga dahinya terhentak di lantai.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 20-an menegur suaminya itu supaya tidak keluar rumah untuk berjumpa wanita lain.

Menurut sumber polis, suami mangsa yang bengang dengan teguran serta leteran isterinya itu tetap mahu keluar berjumpa teman wanitanya.

“Tindakan itu mengundang pertengkaran selama beberapa minit sebelum lelaki terbabit mencekik leher dan menampar muka isterinya.

“Anak lelaki mereka yang melihat pertengkaran itu menangis sebelum menghampiri ayahnya. Ini menyebabkan lelaki itu menolak anaknya hingga terjatuh ke lantai.

“Kanak-kanak itu lebam di dahi,” katanya di sini, semalam.

Katanya, selepas kejadian itu, lelaki terbabit keluar rumah.

“Mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya membuat laporan di Balai Polis Selayang, kira-kira jam 12 tengah hari semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan laporan mangsa dan siasatan lanjut dijalankan.

sumber: harian metro 14hb April 2011