Archive for the suami ganas Category

Isteri buat laporan polis tak tahan seks ganas suami

Posted in suami ganas on September 22, 2009 by sekamarrindu2009

Bila baca paper pagi, terbace tajuk berita ( spt yg di atas tu.) alahai….tak abis abis ada je kisah penderaan terhadap wanita, kalau tak seks ganas, cabul, rogol, dan mcm-mcm lagi.. kisah-kisah mcm ni tak sepatutnya berlaku..seorang isteri bukannya untuk diseksa,didera, layanlah dengan baik… alahai..dunia..dunia.. korang bacalah sendiri, malas nak cete banyak… Klik SINI

BESUT 21 Sept. – Akibat tidak tahan dengan perlakuan suaminya yang cuba mencederakan bahagian sulitnya, seorang isteri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini hari ini berhubung kejadian yang dialami.

Wanita berumur 28 tahun yang juga isteri muda lelaki berkenaan dalam aduannya mendakwa, dia bosan dengan perlakuan seks ganas suaminya termasuk bertindak mendatangkan kesakitan kepada alat sulitnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Roslan Hasan ketika mengesahkan kejadian itu memberitahu, mangsa yang mempunyai seorang anak itu mengadu bahawa sebelum ini suaminya pernah cuba memasukkan jari kakinya ke dalam alat sulitnya.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi ini, tindakan keterlaluan suaminya itu mencetuskan pertengkaran dan pergaduhan antara mereka sebelum mangsa membuat laporan polis tiga jam kemudian.

Tambah beliau, pasangan yang tinggal di kawasan perumahan Tanjung Demong, Pengkalan Nyireh itu yang berkahwin sejak lima tahun lepas pernah bercerai kira-kira empat bulan lalu tetapi telah rujuk semula.

Tambah beliau, pasangan yang tinggal di kawasan perumahan Tanjung Demong, Pengkalan Nyireh itu yang berkahwin sejak lima tahun lepas pernah bercerai kira-kira empat bulan lalu tetapi telah rujuk semula.

“Polis telah mengambil kenyataan daripada pengadu tetapi belum menahan si suami berumur 30-an itu memandangkan tiada kecederaan fizikal dikesan pada mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurut Roslan, pihaknya juga akan menghantar surat rasmi kepada Pejabat Agama Daerah untuk memastikan pasangan terbabit dipanggil untuk disoal siasat selanjutnya.

Tambahnya, polis akan bekerjasama dengan Pejabat Agama berkenaan bagi menyelesaikan kes tersebut kerana ia merupakan masalah rumah tangga yang perlu diselesaikan dengan baik.
– tuhan dah jadikan “benda tu..” yg cukup sempurna.. nak guna ibu jari kaki apa hal..??
kamar rindu
Advertisements