Archive for the Suami Potong Kepala Isteri Dan Bawa Kepala Isteri Bersiar-siar Category

[ kejam ] Suami Potong Kepala Isteri Dan Bawa Kepala Isteri Bersiar-siar

Posted in Suami Potong Kepala Isteri Dan Bawa Kepala Isteri Bersiar-siar on October 9, 2011 by sekamarrindu2009


Seorang lelaki berasal dari Guwahati, Assam di India, telah membunuh isterinya dan berjalan keluar ke jalan utama dengan kepala isterinya yang terputus dan parang yang berlumuran darah sebelum ditangkap.

Ranjit Das, bapa kepada dua anak lelaki berusia sembilan dan enam tahun, menjalankan perniagaan kedai runcit kecil dan juga bekerja sebagai seorang pemandu autorickshawsambilan

Dia dituduh membunuh oleh Ketua Hakim di mahkamah majistret pada hari Jumaat lalu dan dikenakan tahanan reman.

Isteri yang dikahwininya sejak 10 tahun, Amiya Daimary Das bekerja sebagai jururawat di Kesihatan Luar Bandar India. Beliau telah bertugas di Barpeta, kira-kira 170km dari Guwahati dan pulang ke rumah pada minggu lepas.

Ranjit kemudian mengesyaki Amiya mempunyai hubungan sulit dan mendakwa dia mempunyai bukti.

Beliau kemudian mengkelar leher isterinya pada hari Khamis lalu dengan parang, dan membawa kepalanya yang berlumuran darah dan berjalan melalui jalan utama bersamanya. Beliau kemudiannya ditahan oleh polis peronda.

“Saya mempunyai bukti yang cukup tentang perhubungan sulit itu. Beliau telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki lalu menyebabkan saya hilang pertimbangan dan membunuhnya,” kata Ranjit.

Beliau mendakwa hendak pergi ke balai polis untuk menyerah diri ketika polis menangkapnya

Advertisements