Archive for the sukan Category

sukan oh..sukan

Posted in sukan on April 15, 2010 by sekamarrindu2009

acara 4×100 L12

tempat guru-guru berkumpul
atlet berkumpul sebelum acara dimulakan
Bersiap sedia untuk acara 100m L12


Minggu lepas telah diadakan sukan daerah, dan seperti biasa sekolah saya pun sama menyertainya dalam beberapa acara, spt 100m ( P12, L12), 4x100m (P12, L12), 4x200m(P12, L12). 80m Lari Berhalangan, Lompat Tinggi ( P12, L12), Lompat Jauh (P12,L12)

Walau bagaimana pun, pada tahun ini, nasibnya kurang baik,..pingat emas pada kali ini langsung tak dapat.. kecuali 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Itu pun alhamdulillah..jadilah sebagai pengubat kesedihan.

Minggu depan Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri akan diadakan, yang akan berlangsung di Stadium Tuanku Abd.Rahman Paroi. Sangat terasa apabila beberapa acara untuk kategori Lelaki dan Kelas 4, tidak dipertandingkan, kerana mahu penjimatan kos. Sedangkan Kelas 4 sangat penting kerana bagilah pendedahan kepada murid-murid tahun 3 dan 4 tu..

Terima kasih pada sahabat-sahabat saya yang begitu tekun melatih, membimbing atlet-atlet, kita cuba lagi tahun depan..untuk kejayaan yg lebih cemerlang…Insyaallah..

Membawa pelajar menyertai kegiatan sukan seperti ini tak semudah yang disangkakan. Semua prosedur perlu diikuti bagi menghindarkan perkara2 yg tak diingini berlaku.. Saya telah mengarahkan jurulatih dan pengurus olahraga untuk membuat pemeriksaan kesihatan kepada semua atlet2 dari sekolah saya di Pusat Kesihatan. Hanya pelajar-pelajar yang disahkan sihat saja oleh doktor secara bertulis, memperakukan ‘murid ini sihat untuk menyertai olahraga’ saya akan bawa.