Archive for the suku akhir 1 Category

Ulasan Perlawanan Kelantan lwn Selangor malam tadi dan Penyokong Kelantan meninggal di luar stadium

Posted in suku akhir 1 on October 13, 2010 by sekamarrindu2009

pasukan Kelantan yang beraksi malam tadi

penyokong setia kelantan
Jenazah Allahyarham Che Karma ditutup dengan bendera Kelantan sambil dipangku oleh rakannya di pekarangan tempat letak kereta, Stadium Shah Alam, semalam
aksi malam tadi di Shah Alam
Seperti yang diduga oleh ramai pihak, perlawanan suku akhir antara Kelantan lwn Selangor yang beraksi di Stadium Shah Alam, malam tadi merupakan satu perlawanan yang sangat sengit. Penuh dramatik, penuh mencemaskan, Keputusan seri tanpa jaringan 0-0, merupakan satu keputusan yang sangat melegakan Sathia, jurulatih Kelantan yang sungguh cemas malam tadi.
15hb Oktober 2010, suku akhir kedua akan diadakan di Kota Bharu, peluang ini akan digunakan sebaik-baiknya oleh pasukan Kelantan untuk membuktikan bahawa Selangor bukanlah sebuah pasukan yang tidak boleh dikalahkan langsung.
Keputsuan Selangor dan Kelantan seri tanpa jaringan itu membuktikan kedua-dua pasukan adalah sama hebat, bermain di hadapan penyokong melebihi 50,000 penonton malam tadi, begitu (30,000 penyokong Kelantan dan selebihnya penyokong Selangor) bukanlah sesuatu yang mudah. Ditambah lagi pasukan Kelantan berkobar-kobar mahu membalas dendam akibat kekalahan pada final Piala FA, 2009 dulu ditangan Selangor, telah membakar semangat yang sungguh jitu untuk Kelantan mencapai kemenangan, namun sayangnya tidak berhasil apabila seri 0-0.
Sebaik saja pengadil memulakan perlawanan, Kelantan terlebih dahulu menguji gawang Selangor pada minit ke 10, dan 18 permainan, tetapi percubaan Nor Farhan Muhammad dari luar kotak penalti berjaya ditepis oleh penjaga gol, Selangor Hamsani Ahmad.
Seminit kemudian, Selangor pula memiliki peluang terbaik menerusi lorongan daripada Kapten, Selangor Amri Yahyah kepada Safee Sali tetapi gagal disudahkan dengan baik oleh penyerang Selangor itu.
Pada minit ke 33, pula giliran penyerang Kelantan, Norsharul Idlan Talaha pula menguji Hamsani namun tendagan kuat dapat ditepis dengan baik oleh penjaga gol tersebut.
Suasana menjadi bertambah panas pada minit ke 40, apabila kedua-dua pasukan terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah Nor Shahrul Idlan Talaha dan pemain Selangor P.Gunalan dilayangkan kad merah kerana bergaduh.
Tidak cukup dengan itu, suasana di luar padang juga turut panas, apabila kedua-dua penyokong Selangor dan Kelantan saling berbalas-balas mercun dan pelbagai objek masing-masing.
Babak kedua berlangsung, Jurulatih Selangor mengeluarkan pemain sayap kiri, Farderin Kadir dan memasukkan Assaruddin Putera bagi mengisi kekosongan posisi pertahanan kiri.
Jurulatih Kelantan pula, B.Sathianathan pula masih mengekalkan pemain yang sama dengan Akmal Rizal Rakhli yang diletakkan sebagai penyerang tunggal.
Sebaik saja permainan tamat, seorang penyokong Kelantan, meninggal dunia kerana dipercayai sesak nafas. Alfatiah buat Allahyarham Che Karma yang pergi dijemput Allah SWT malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian Che Karma Sulaiman, 39 tahun, dipercayai sesak nafas. Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan, tetapi kematian lelaki itu tiada kaitan langsung dengan pergaduhan itu.
“Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia” katanya kepada pemberita di sini.
Jumaat ini, Suku Akhir kedua Selangor dan Kelantan akan berlangsung di Kota Bharu, pihak kselamatan perlu berwaspada kerana perlawanan di Kota Bharu nanti pasti akan menjadi lebih panas, padat dengan taktikal bagi merobek gawang masing-masing. Jurulatih Kelantan, jurulatih yang termahal dibayar oleh KAFA, ( iaitu RM 25,000 sebulan) ditagih untuk mencorakkan strategi yang berkesan dan kelekaan di bahagian pertahanan boleh membawa padah kepada pasukan Kelantan. Suku Akhir kedua ini, umpama pentas akhir, dan saya yakin penyokong2 Kelantan tidak akan ketinggalan menyaksikan perlawanan yang hebat ini. Orang yang tidak meminati bola sepak mungkin tidak akan memahami akan falsafah penyokong-penyokong fanatik Kelantan, walau apapun yang berlaku, saya mengharapkan pihak keselamatan dapat meningkatkan kawalan bagi membendung perkara-perkara yang tidak diingani terjadi.

p/s Gomo Kelate Gomo…………..