Archive for the suky akhir Category

Suku Akhir Kelantan Lawan Selangor, malam esok..10 sebab Kelantan akan menang dan 10 sebab Kelantan akan kalah esok

Posted in suky akhir on October 11, 2010 by sekamarrindu2009

Malam esok Pasukan Red Warrior ( Kelantan) akan bertemu Selangor di peringkat Suku Akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor dan pada 15hb pusingan yang ke dua, suku akhir akan dilangsungkan di Kota Bharu.
Perlawanan2 lain pada malam esok
  • Negeri Sembilan lwn Perlis
  • Terengganu lwn Kedah
  • Johor FC lwn Pahang
  • Kelantan lwn Selangor.
Perlawanan tumpuan malam esok ialah antara Kelantan lwn Selangor yang akan diadakan di Stadium Shah Alam. Kemungkinan besar akan ada Siaran Langsung di RTM ataupun Astro menerusi saluran 801. Kelebihan Selangor bermain di tempat sendiri bukanlah penentu kepada kemenangan malam esok. Perlawanan ini pastinya mengimbau kembali kenangan ketika final Piala FA, tahun 2009.
Ada 10 sebab mengapa Kelantan boleh menang dalam perlawanan malam esok, antaranya,
  1. Kemeriahan penyokong Kelantan yang hadir memenuhi senegap ruang di Shah Alam esok.
  2. Form yang terbaik dalam kedua perlawanan yang terakhir.
  3. Taktikal permainan laju, bola hantaran pendek dan bek sayap membantu.
  4. Coach yang amat bersemangat untuk membuktikan pada penyokong kemampuan beliau.
  5. Kritikan membina dari penyokong yang diambil berat oleh pihak pengurusan.
  6. Semangat ingin menghadiahkan kemenangan kepada Sultan Muhammad Ke V
  7. Faktor arkitek utama Badhri Radzi ( Piaa) yang semakin mendapat rentak.
  8. Pemain utama yg bebas kecederaan.
  9. Semangat Tan Sri Anuar Musa yang dari dahulu ingin buktikan kejayaan The Red Warrior.
  10. Shahrul Idlan Talaha, jika pemain ini berada di mood yang benar-benar ingin menjaringkan gol, tahap permainan bola sepak berada di kelas yang amat tinggi.
10 Sebab Mengapa Kelantan akan kalah pada malam esok;,
  1. Kemeriahan melampau penyokong Kelantan akan membawa padah jika pemain sendiri yg tertekan.
  2. Faktor tak pernah kalah di peringkat kumpulan, amatlah menggerunkan mana-mana lawan.
  3. Jika Kelantan bermain bola hantaran panjang dan arkitek tengah tidak akan berkesan.
  4. Coach yang tak mampu mengawal pasukan kerana melayan pelbagai kerenah dan permasalahan.
  5. Kritikan penyokong yang berubah menjadi cercan lantas pasukan menjadi menurun moralnya.
  6. Tiada semangat kenegerian, kebanyakan penyokong baru hadir dgn berprasangka songsang sama ada ingin memuji dan mengejo pasukan.
  7. Jika Badhri Radzi tidak menjadi lebih-lebih lagi coach membawa masuk ganti pemain simpanan yang tidak digemari penyokong.
  8. Pemain utama keletihan dengan jadual perlawanan yang amat singkat.
  9. Kesibukan Tan Sri Anwar Musa di FAM menyebabkan pengurusan KAFA mengalami masalah.
  10. Shahrul Idlan Talaha tidak banyak membantu. jika nampak mood seperti tidak mahu menggelecek bola dan membuat hantaran lemah, itu tandanya mood beliau sudah menurun.
Advertisements