Archive for the surat bermakna Category

surat hari guru anak murid dari MCKK

Posted in surat bermakna on May 20, 2010 by sekamarrindu2009
meskipun hari ni dah 20hb, saya masih lagi menerima hadiah-hadiah hari guru yang disampaikan oleh pelajar-pelajar yang pernah saya mengajar mereka, pelajar-pelajar dari tingkatan 1, 2, dan 3. Begitu juga dengan kad-kad hari guru. Terkejut, kerana mereka masih lagi mengingati saya ini. Allamdulillah…
Jua surat yang banyak saya terima dari pelajar-pelajar saya di seluruh negara yang kini belajar di asrama-asrama penuh, saya ingin kongsikan kata-kata pelajar saya (Mohd Aiman) dari Malay College Kuala Kangsar, pelajar terbaik yang mendapat 5A tahun lepas. ( untuk memasuki MCKK bukan saja keputusan 5A, tapi A nya mestilah 95-100% markahnya semua subjek)
“kalau seorang guru mengajar sambil duduk…
murid belajar sambil mengantuk..

kalau seorang guru mengajar sambil berlakon..
murid akan belajar dengan tekun..

kalau seorang guru mengajar tanpa alat..
murid belajar dengan ralat..

kalau seorang guru banyak cakap..
ada murid bertambah gagap..

kalau seorang guru menjadi pemudah cara..
ramai murid pandai berbicara..

kalau guru mengajar tanpa menilai..
tak akan tahu pelajar bodoh atau pandai..

kalau guru berbudi bahasa…
di kenang murid sepanjang masa…

terima kasih atas tunjuk ajar cikgu pada saya..
jasa cikgu dikenang sehingga ke akhir hayat..
selamat hari guru buat cikgu..”

daripada;,

anak murid cikgu,,
Advertisements