Archive for the susahnya Category

susahnya menjadi seorang "aku"

Posted in susahnya on September 26, 2010 by sekamarrindu2009

rindu dengan pasirnya, rindu dengan batunya, rindu dengan bau laut, rindu dengan matahari terbenam dan rindu kamu

Orang yang sibuk dengan melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Demikianlah kata-kata yang menerjah ruang minda ku saban hari…di saat ingin ku mahu menghindiri semua hal-hal yang tak baik, semakin kuat pula perkara-perkara itu datang menggoda….menggoda aku untuk melakukan hal-hal yang tidak baik adalah satu ujian yang hebat padaku..namun alhamdulillah semakin kuat dugaan semakin kuat aku bertahan dan melawan semua tu..
Kadang-kadang bukan mudah untuk ikhlas..Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang ikhlas itu adalah rahsia dalam rahsia Allah swt.Melakukan segala kebaikan bukan kerana Allah swt itu sebenarnya tidak ikhlas..Meninggalkan segala kejahatan bukan kerana Allah swt itu pun tidak ikhlas jugak…kadang-kadang kita sangat ikhlas pada orang lain, tetapi kita sering diuji dengan pelbagai perkara yg kadang2 tu hampir2 kita sendiri tersungkur..
Susahnya menjadi seorang yg bergelar “aku”. Di tempat kerja pun ada juga masalah..walaupun setakat ini semua itu dapat ku serapkan segala permasalahan tapi kadang2 sangat mengganggu juga..kadang2 tu..masalah yang dicipta sendiri oleh mereka yang tidak bertanggungjwab ini aku berjaya tempuhi dengan sabar…daripada tahun lepas dengan layangan surat layang, surat fitnah dan bermacam kerenah lagi sangat memberi kesan sedikit sebanyak terhadap rutin hidup aku.. berkat kesabaran aku, akhirnya yang batil itu nampak jua…
memang susahnya menjadi seorang yang bergelar aku. aku insan yang kerdil di lautan rahsia Allah yang sangat dalam. Yang terjangkau oleh aku ialah hanyalah percikan ombak di permukaannya.
Ya Allah….ketika aku keliru tunjukkanlah jalan menujuMU. ketika aku lemah perkukuhkanlah.Ketika aku alpa ingatkanlah…Jauhkanlah diri aku dari segala perasaan yang tidak baik..amin..
p/s:…rindu..
Advertisements