Archive for the tahniah Malaysia.. Category

>Piala Suzuki AFF: Malaysia menang bergaya 3-0 ke atas Indonesia.( Peluang Merangkul Piala Suzuki Menjadi Kenyataan)

Posted in tahniah Malaysia.. on December 26, 2010 by sekamarrindu2009

>

suasana di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil Malam ini

Penyokong-penykong setia Malaysia

Saya sangat rasa happy malam ini….yeyeyeyeyeyey....Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia 3-0 pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67.Skuad negara akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu ini untuk final kedua.

Perlawanan agak seimbang pada separuh masa pertama tetapi beberapa peluang Malaysia untuk mendahului tidak dapat disempurnakan. Masuk separuh masa kedua, Malaysia menggandakan asakan dan pada minit ke-50 pengadil terpaksa menangguhkan perlawanan hampir 10 minit berikutan tindakan penonton memancarkan cahaya laser ke arah pemain Indonesia….. Piala Suzuki sudah berada di depan mata…..!....Tahniah Malaysia……



..Tahniah Malaysia……

Advertisements

>TAHNIAH MALAYSIA MARA KE FINAL PIALA SUZUKI .MALAM INI PENUH BERSEJARAH…..

Posted in tahniah Malaysia.. on December 18, 2010 by sekamarrindu2009

>

Piala Suzuki yang hampir dalam genggaman Malaysia..

Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Belia Dan Sukan, serta Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Datuk Razali Ibrahim menyaksikan Perlawanan Bola Sepak Malaysia-Vitenam malam ini, di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur..

Tahniah Rajagobal…!!

Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF selepas 14 tahun apabila mengatasi Vietnam dengan agregat 2-0 pada saingan separuh akhir sebentar tadi. Kedua-dua pasukan sekadar seri tanpa jaringan pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi.

Malaysia menewaskan juara bertahan itu 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.