Archive for the Tahniah Negeri Sembilan Juala Piala Malaysia 2011 Category

[ gambar ] Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2011

Posted in Tahniah Negeri Sembilan Juala Piala Malaysia 2011 on October 30, 2011 by sekamarrindu2009

Tahniah..!!

Penyokong Negeri Sembilan

KETUA pasukan Negeri Sembilan, Muhammad Shukor Adan (kuning) dikawal ketat pemain pasukan Terengganu,

PEMAIN Terengganu, Abdul Manaf Mamat (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Negeri Sembilan, Abdul Halim Zainal (kiri) dan Norhafiz Zamani Misbah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam

PEMAIN Terengganu, Ashaari Samsudin (tengah) cuba melepasi kawalan 5 Pemain Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam

Penyokong Negeri Sembilan di dalam Stadium Shah Alam

Suasana di dalam Stadium

Penyokong kedua-dua pasukan NS dan Terengganu

Pertama sekali saya mahu mengucapkan tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan kerana berjaya menjuarai Piala Malaysia selepas menewaskan Sang Penyu dengan jaringan 2-1 di Stadium Shah Alam malam ini.

Walaubagaimana pun Terengganu terlebih dahulu mengejutkan pemain dan penyokong Negeri Sembilan selepas Mohd Ashaari Samsudin berjaya menjaringkan gol pertama dalam minit ke 59, separuh masa kedua hasil hantaran

Kesilapan penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee yang gagal menangkap bola yang disepak oleh Kunalan membawa padah, saya kira gol mudah tersebut merupakan “turning point” yang membolehkan Negeri Sembilan pada minit ke 85, Hairuddin Omar (Hai-O) berjaya menjaringkan gol cantik ala akrobatik sekali lagi berjaya memperdayakan penjaga gol Terengganu tersebut.

Tahniah Negeri Sembilan… Sesiapa yang tidak puas untuk melihat jaringan gol-gol final malam ini, bolehlah Klik Sini untuk melihatnya.

Advertisements