Archive for the tahniah negeri sembilan Category

TAHNIAH NEGERI SEMBILAN: JUMPA DI STADIUM NASIOANL BUKIT JALIL

Posted in tahniah negeri sembilan on April 4, 2010 by sekamarrindu2009

Pasukan N.Sembilan merayakan kemenangan

pemandangan di luar stadium
sebaik saja wisel penamat ditiupkan
penyokong begitu teruja…
detik-detik gol Selangor.
selangor 1- NS- 0
perlawanan yg mendebarkan..
penonton yg menyaksikan..( demam pun datang tu..)
ribuan penyokong Negeri Sembilan
Penyokong fanatik..siap topeng lagi tu..
Semasa perlawanan berhenti rehat
Penyokong setia…
pelbagai ragam dapat dilihat
sesi memanaskan badan sebelum perlawanan
penonton belum ramai..

Perlawanan bola sepak separuh akhir kedua di Stadium Tuanku Abd.Rahman, Paroi Seremban yang melibatkan Negeri Sembilan lwn Selangor berkesudahan dengan keputusan ( NS-0, dan Selangor- 1 dan Negeri Sembilan mara dengan agregat 2-2)walaupun kalah, Negeri Sembilan mempunyai kelebihan gol di tempat lawan, maka sejarah tercipta lagi untuk pasukan Negeri Sembilan membuktikan pasukannya hebat untuk menjulang Piala FA pada tahun ini setelah tahun 2009 telah dimenangi oleh pasukan Selangor yang bejaya menewaskan Kelantan.

Lawan Negeri Sembilan pada final minggu depan ialah Kedah, yang menewaskan Terengganu 2-1, dan agregat 4-1). Peluang untuk Negeri Sembilan adalah cerah, di atas kertas, itu pendapat saya saja..jangan marah penyokong2 Kedah.

Perlawanan bermula garang dan rancak dengan pasukan Selangor menyerang ke gawang Negeri Sembilan, bertali arus, namun kecekapan penajga gol Negeri Sembilan, Sani Anuar Kamsani banyak menyelamatkan keadaan. Kekentalan pertahanan Negeri Sembilan Mohd Rahman Zabul, Hong Aik Ching, Tengku Qayyum, banyak menjadi duri dalam daging kepada pasukan Selangor. Separuh masa pertama berkesudahan dengan seri 0-0.

Beberapa serangan yang dilakukan menerusi gerakan-gerakan cantik Mohd.Zaquan Adha juga berjaya dipatahkan oleh pertahahan Selangor yang diketuai oleh Khairul Anuar Baharom ( Botak, panggilan nya), P.Gunalan yang seringkali berjaya mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Separuh masa ke dua bermula garang, serangan dari pasukan Selangor bertali arus dengan penyerang berbisa Selangor, Mohd Safee Sali, Mohd.Amirul Hadi Zainal, Mohd.Amiri Yahya. beberapa kali melakukan percubaan serangan ke gawang Negeri Sembilan.

Akhirnya menerusi sepakan percuma yang diambil oleh R. Surendren, sepakannya terkena pemain Negeri Sembilan, Muhammad Afandy Adiml ( kalau tidak salah saya). Gol sendiri itu telah membakar semangat kepada pasukan Selangor, dan penyokong-penyokong Selangor yang melebihi 7000 orang itu bersorak, tidak putus-putus memberi semangat..

Suhu permainan semakin meningkat, dengan kekasaran demi kekasaran dan, permainan terpaksa dihentikan beberapa minit kerana pegawai-pegawai daripada Selangor cuba membantah keputusan pengadil kerana tidak memberikan sepakan penalti dalam minit ke 75 permainan. Tidak diketahui sebab apa?. Pada pandanagn mata saya, pengadil sewajarnya memberi sepakan penalti atas kekasaran, terjahan ke atas Mohd.Safee Sali. Namun keputusan pengadil adalah muktamad, tidak boleh dibantah lagi.

Di minit-minit akhir permainan, minit yang ke 86, seorang pemain selangor ( saya tidak pasti siapa?) telah menampar muka pemain Negeri Sembilan, Mohd.Asyraf Al-Jappri, permainan dihentikan lagi kerana kejadian ini. Pergaduhan kecil berlaku, namun pengadil En.Abd.Karim, begitu bijak mengawal keadaan dan beliau dengan tegas melayangkan kad merah kepada pemain Selangor yang menampar tadi…tak sepatutnya berlaku kejadian ini sebenarnya,namun emosi mengatasi segalanya.

Keputusan akhirnyanya, Negeri Sembilan melangkah bergaya ke Perlawanan Akhir Piala FA, untuk bertemu Kedah yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu depan. Syabas dan sekalung tahniah kepada pengurusan Negeri Sembilan, Jurulatih, saudara Wan Jamak Wan Hassan yang berjaya melakar sejarah terindah buat pasukan Negeri Sembilan.

Syabas juga diucapkan kepada pemain-pemain Selangor yang bermain bermati-matian, cuma nasib tidak ada.. tak apa..tahun depan cuba lagi…



Advertisements