Archive for the tak akan lupa Category

Pengalaman Pahit: Bercinta Dengan Isteri Orang

Posted in tak akan lupa on May 1, 2010 by sekamarrindu2009


Hidup ini sebenarnya adalah satu proses perjalanan yang panjang bagi menghadapi setiap masalah yang mendatang. Manusia memang dicipta untuk diuji. Itulah ketentuan Ilahi untuk makhluk ini. Semua ada pada diri kita adalah ujian. Harta benda,anak, suami, kerjaya, ilmu dan pangkat, kecantikan serta pujian, musaibah dan kehancuran. Semua yang datang dan pergi sebagai satu pakej lengkap untuk menguatkan keperibadian kita.

Diri aku tidak terkecuali diuji. Segala ujian yang datang mengajar aku bersikap matang dan berani menerima takdir sebagai satu pengajaran. Sesungguhnya dalam setiap ujian dan dugaan yang Allah SWT bagi itu ada terselit rahmat Allah SWT kerana ia membuahkan inspirasi baru untuk mengambil langakh seterusnya yang lebih baik daripada semalam.

Ujian yang paling pahit adalah apabila bercinta dengan seorang wanita yang bergelar isteri orang. Aku tidak percaya semua ini berlaku, dan memang berlaku. Banyak tenaga, masa dan wang ringgit aku korbankan semata-mata untuk mendapatlkan cinta. Sangat rasa berdosa, kerana demi Allah SWT yang menjadikan langit serta bumi, kalau aku mengetahui dia adalah isteri orang, tak mungkin aku menjalinkan hubungan dengan dia. Kemuncaknya, hubungan ku dengan dia akhirnya dapat dihidu oleh suaminya, dan suaminya datang berjumpa dengan aku, bercakap empat mata.

” saya, suami kepada Puan R ” sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
Aku terkejut, pucat lesi.

” Isteri saya, dah banyak berubah. telefonnya 24jam berada dalam poketnya. setiap malam saya tahu awak menghubungi isteri saya, berjam-jam lamanya.” kata-katanya menggegar seluruh jantung aku..mata terasa berpinar..berputar-putar.

“bagi menyakinkan awak, ambil lihat satu album..semua ada gambar isteri, gambar dua orang anak saya, yang berumur 3 tahun dan 1 tahun.” kata suami Puan R, sayu.

” saya minta maaf, sebab gagal menjadi suami yang baik. sehingga perkara ini terjadi. saya tahu, isteri saya memang betul-betul cintakan awak. Awak boleh ambil dia…” katanya sambil mata berkaca, manik-manik jernih mengalir di pipinya.

” saya dengan rasa ihklas hati, izinkan awak bercakap dengan isteri saya..” suami Pn.R terus mengambil hp dan mendailnya. Saya berkeras untuk tidak mahu bercakap, apa-apa lagi. Untuk apa bercakap?.. Suami Pn.R, terus merayu, berkali, kali, katanya ini adalah hajat isterinya..mahu bercakap buat kali yang terakhir kali dengan aku.
Perbualan: aku dengan Pn.R;

Puan R : ” abang…………..!!! maaaaafkan saya….ampunkan saya.. ( meraung menagis..)..
saya kena pukul teruk….abag..!…!.. Abang..saya tak dapat hidup tanpa abag…
saya sanggup hadapi apa saja…..abang….! abang..!”

dia terhenti seketika….suara tangisannya semakin kuat..

“Abang…..jangan bagi kat dia segala pemberian saya kat abg tu….

Aku : …………..tanpa kata…………. ( tak cakap apa-apa). sambil mematikan hp dan
memberikan pada dia.
Kemuncak konflik, akhirnya apa yang dapat aku tahu, pasangan suami isteri ini telah pun berpisah. Ini lah ujian yang Allah swt bagi pada aku. Aku memang tidak tahu dia adalah isteri orang. Peristiwa ini sangat memberikan kesan dalam hidup aku untuk lebih berhati-hati dalam bercinta..
Advertisements