Archive for the takzirah malam jumaaat Category

Tazkirah Malam Jumaat: Bagaimana Mahu Menjadi Ayah dan Ibu yang hebat??

Posted in takzirah malam jumaaat on October 14, 2010 by sekamarrindu2009

Assalamualaikum….. salam malam Jumaat yang barakh buat semua sahabat2 saya walau di mana anda berada…..
Tazkirah malam ini ialah tajuknya sangat berat, sikit: BAGAIMANA MAHU MENJADI SEORANG AYAH DAN IBU YANG HEBAT?.. Bacalah dengan mata hati….kpd yang belum kahwin, boleh juga baca, sebagai panduan bila dah menempuh hari bahagia nanti…..:)
Kadang2 kita akan rasa risau melihat perkembangan anak-anak kita., sukar dikawal, ada yang suka bermain hingga lupakan pelajaran.. Ada tu anak yang cukup cerewat nak makan. Ada juga anak yg tidak suka ikut cakap ibu bapa…ishh..tak boleh mcm tu…! Begitulah dunia kanak-kanak. sama lah dengan masa kita kecik-kecik dulu.. serba indah dan bebas semahu-mahunya, apatah lagi jika ibu bapa yang tergolong jenis yang “terlebih sayang” apa saja yang nak semua diberinya..
Terdapat beberapa Gaya Keibubapaan Dalam Mendidik Anak-anak;-
  • Gaya Pintaan.- Ingin kan anak-anak berkelakuan seperti orang dewasa atau lebih tepat lagi sempura.
  • Gaya Responsif-Ibu bapa berada di tengah-tengah, tidak memaksa, menerima dan sentiasa memahami atau berkongsi perasaan dengan anak-anak.
  • Gaya Autoritarian- Mereka ingin membentuk anak-anak mengikut acuan sendiri. Menilai anak-anak mengikut telunjuk mereka dgn cukup berdisiplin.
  • Gaya Permisif– Bertolenrasi dengan anak, menerima kemahuan anak tetapi ada batasnya.
Terdapat beberapa gaya sentuhan iman yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabatnya dalam mendidik anak-anak mereka:-
  • Jangan Sebut Kalimah “nakal” kepada anak-anak- Kerana malaikat akan menulis perkataan itu sebagai doa yang akan dikabulkan oleh Allah SWT. Semakin anda menyebutkan perkataan yang tidak baik terhadap anak-anak, pasti ini akan menyebabkan kecederaan psikologi pada diri anak-anak. Mereka hanyalah manusia yang masih kurang akalnya, belum sempurna pemikirannya. Sebagai ibu bapa, kita sepatutnya selalu memaafkan dan mendoakan agar anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh. Kata-kata ibu bapa adalah doa yang tiasa hijab antara mereka dengan Allah SWT. Jangan jadikan kata-kata sebagai bumerang yang akan memangsakan anak-anak kita nanti. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, ” doa tiga orang pasti dimakbulkan Allah SWT ialah doa orang-orang yang tertindas, doa orang yang sedang musafir dan doa orang tua kepada anak-anaknya” ( Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Abu Hurairah).
  • Jangan hanya memaksa dan pandai menyuruh dan memaksa- dekati dan jadikan anak-anak sebagai sahabat. Bimbing dan buat aktiviti positif bersama-sama. Rasulullah SAW pernah mengajar seorang anak lelaki yang akhirnya lelaki itu menjadi lelaki yang hebat dan dihormati umatnya kerana ilmunya serta kemuliaannya, lelaki itu ialah bernama Abdullah bin Abbas.
  • Dunia anak-anak ialah dunia bermain- memang dunia anak-anak dunia bermain..mcm kita dululah kecil, kecil..suka bermain, yang perempuan, suka bermain masak-masak, main kawin-kwin, dan banyak lagi. Apabila sarjana barat seperti Rousseau, John Dewey dan Piaget mencipta “fun learning” yang menghasilkan idea transformasi ilmu dan keseronokan, ia telah dinyatakan telah membawa perubahan postif dalam perkembangan kecerdasan anak-anak. Aktiviti bermain sambil belajar spt yang saya selalu jalankan di dalam kelas sangat memberi kesan yang positif dalam diri pelajar-pelajar saya. Kerana pada saya, bermain boleh menguatkan sistem motorik pada diri anak-anak. Cerdas bukan hanya pada sesi akademik semata-mata, ianya juga harus cerdas dalam semua aspek, emosi, jasmani, dan rohani.
Anak-anak ialah harta yang paling bernilai dan nikmat Allah SWT yang paling unik. Jika anda sabar dan bersungguh2 mendidik anak-anak, peracyalah, anda mampu membentuk mereka menjadi manusia pilihan. Oleh itu, diharapkan takzirah ini dapat sedikit sebanyak dapat memberi ilmu pada ibu bapa..InsyaAllah.. Belajarlah menjadi ibu bapa yang kreatif dan dinamik dan bergaya hebat di mata anak-anak…
Wasalam..
p/s: ingin dapat anak yang ramai…10 orang..:)..Insyalllah…
Advertisements