Archive for the takzirah……pagi.. Category

Tazkirah Pagi: Gigitan Asmara Bekas Kekasih

Posted in takzirah......pagi.. on June 3, 2010 by sekamarrindu2009

Assalamualaikum..wbt..

Wanita yang matang biasanya pandai mengurus perasaan. Kekuatannya terletak pada keyakinan diri bahawa tidak akan mahu larut dalam emosi negetif yang akan merosakkan peribadinya..Isteri yang solehah faham dan yakin hanya suaminya sahaja yang berhak atas hati dan cintanya. Satu untuk selamanya dunia dan akhirat. Walaupun sang suami bukan cintanya yang pertama tetapi biarlah cinta anda yang terakhir hanya untuknya. Jika bekas kekasih hadir lagi mengisi ruang hati anda, bagaimana cara menguruskan hati dan perasaan agar kesucian dapat dijaga?
MEMORI YANG LALU BIARLAH BERLALU, JANGAN BERIKAN MEMORI INDAH MENGELABUI PERASAAN ANDA.
Sesungguhnya syahwat yang menyengat hati itu lebih berbiasa dan ganas daripada gigitan kala jengking yang berbisa. Wanita sememangnya memiliki perasaan yang jauh lebih halus berbanding lelaki. Disudut hatinya pasti tersisa kenangan manis ketika masih bersama kekasih pertama.Hal ini tidak mungkin dapat dinafikan namun anggaplah ia sebagai satu mimpi yang sememangnya bukan realiti. Sesiapapun boleh hadir di hati anda tetapi hanya anda yang memegang kendali “hati” anda sendiri bukan lelaki itu.

Jika lelaki itu mengganggu perasaan anda setiap hari mungkin hati akan tercedera, sakit dan lemah. Akhirnya anda akan menuruti syahwat yang keji. Apapun kita boleh mengatasinya dengan perawatan hati yang lebih intensif. Cuba ubati hati anda dengan mengingati Allah swt, berdoa seperti yg diajarkan oleh Rasullullah saw. ” Wahai Tuhan, yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati hamba di atas jalan-Mu.”

Kemudian berikan hati ubat pelali daripada gigitan asmara terlarang. Apakah ubatnya? Sibukkanlah anda dengan ibadah. Berpuasa untuk melemahkan otot-otot syahwat yang tegang. sembahyang yg khusyuk boleh menjadi meditasi terbaik untuk melenyapkan kekotoran yang keji di dalam hati.

INGATLAH KEMANISAN CINTA SUAMI YANG TELAH LAMA MEMBINA IMPIAN BERSAMA ANDA.
Bangkitlah suasana yang romantik bersama suami, pergi bercuti untuk honeymoon agar perasaan cinta anda berdua semakin kuat. Janganlah sesekali-kali membandingkan suami anda denagn bekas kekasih. Jika anda lakukan itu, sebenarnya anda membuka pintu untuk penceroboh masuk ke dalam hati anda.

Isteri yang kerap menyebut kekurangan suami pada hakikat sebenarnya dia telah membutakan matanya sendiri. Mungkin banyak kelemahan suami anda, tetapi janganlah lupa akan kelebihan yang lainya. Contohnya:, suami anda jenis yang tidak pandai nak memujuk atau kurang romantik tetapi selama ini dia sanggup menjaga dan melindungi, memberi kehidupan yang selesa untuk anda dan anak-anak.
KEMANISAN
Mengapa Allah swt menjadikan anda berdua pasangan yang serasi? Kerana kelemahan anda menjadi “tarikan” bagi suami untuk menguatkannya dan begitu jugalah sebaliknya. Oleh itu anda dan dia perlu saling merangsang dan tarik menarik ke arah medan magnet cinta. Hiduplah denagn gembira di atas kelemahan yang dianugerahkan Allah swt. Semua itu sebahagian daripada kemanisan bercinta.

Semaikanlah rasa percaya antara suami dan anda. Kalaupun tidak mencapai 100%, mungkin 90% memadailah. Sifat saling percaya, ikhlas, jujur dan telus adalah kunci dalam satu perhubungan.


wasalam..
sekamar rindu
p/s; moga happy selalu..jaga diri…bila malam, taman kita jadi sunyi….camar pun begitu..
Advertisements