Archive for the tazkirah cinta suami isteri Category

Tazkirah Malam: Cara Menyuburkan Percintaan Suami Isteri Semasa Isteri Hamil

Posted in tazkirah cinta suami isteri on March 15, 2010 by sekamarrindu2009

Assalamualaikum…WBT.. kepada semua, sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT, Bacalah dengan mata hati…insyaAllah pasti akan mendapat rahmat dari -Nya…

Bagaimana perasaan anda apabila menerima berita bahawa isteri anda hamil?( kalau saya pasti melompat-lompat gembira..heheh) tentu seronok apabila membayangkan wajah si comel bayi yang akan mewarnai hidup anda pasangan suami isteri. Pasti hidup anda berdua lebih ceria. Pengalaman mengandung sungguh mencabar setiap pasangan suami isteri. Kehadiran orang baru ditunggu dari hari ke hari, minggu ke minggu dan genapnya pada sembilan bulan adalah merupakan satu proses mendewasakan anda, sebagai isteri dan suami.

Namun, ada juga pasangan yang tidak berkeinginan kehadiran anak kerana sebab-sebab tertentu. Isteri takut kehilangan suami kerana saat hamil dia tidak dapat memberikan kepuasan sepenuhnya ketika melayan suami maka akan timbullah perasaan cemburu. Suami pula melalui pahit getir menjaga perasaan isteri yang cepat tersentuh atau sensitif, hilang pertimbangan dan emosional ketika nisteri hamil. Jika tiada kesabaran dalam hati, pasti menjadi sengketa yang amat menyakitkan.

Apakah faktor-faktor yang menyuburkan hubungan percintaan isteri dan suami semasa mengandung??

BERADA DALAM ZON IMAN

Sebagai pemimpin dalam keluarga, suami diharapkan dapat menyediakan suasana yang selesa dalam rumah tangga. Dialah ketua yang bertanggungjawab memberi sinar kebahagiaan. Sinar bahagia itu berpunca daripada iman yang kukuh kepada Allah SWT. Solat perlu menjadi amalan yang paling penting ynag perlu dilakukan berjemaah bersama isteri.

Solat menjadi terminal tempat persinggahan hati semua anggota keluarga. Saat solat berjemaah itulah masa yang paling berkualiti untuk mengeratkan kasih sayang suami, isteri dan anak-anak.

Siapakah yang dapat menyatukan hati-hati kita jika bukan kerana Allah SWT Azza Wa Jalla? Bila isteri merajuk,anak tidak terkawal, fikiran suami berserabut, semua orang di dalam rumah menjadi tidak keruan. Rumah yang besar pun terasa sempit. Semua itu adalah tanda-tanda Allah SWT mengazab mereka. Azab di sini bukanlah bermakna musibah sakit, atau bencana alam semata-mata tetapi adalah lebih daripada itu., azab yang turun di dalam hati manusia yang membuatkan mereka mabuk dan tertekan dengan keadaan. Azab yang Allah SWT turunkan ini berpunca daripada terkeluarnya suami dan isteri dari zon iman kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

” Barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka. dan barang siapa yang tidak ingat kepada-Ku, maka baginya kehidupan yang sempit” ( Surah Taha, ayat 123)

TUMPUAN ANDA SEBAGAI ISTERI IALAH JAGALAH HATI DAN KAWALLAH EMOSI

Isteri yang mengandung pada hakikatnya sangat tertekan dengan perubahan yang terjadi pada dirinya. Untuk itu, anda sememangnya mesti menghayati masa-masa sulit itu denagn penuh redha, Apakah definisi redha? Bagaimanakah mendapatkannya?

Pada suatu hari Sufyan a-Thauri berdoa:

” Ya Allah, aku meohon keredhaan-Mu: Tiba-tiba rabiah menegur beliau:

” Apakah engkau tidak malu dengan redha Allah SWT? sedangkan engkau sendiri belum redha kepada-Nya?”. Lantas beliau menangis sambil mengucapkan lafaz istihfar berulang-ulang.

Rabiah pernah ditanya oleh seseorang muridnya. “Bilakah seseorang redha kepada Allah SWT?” Beliau menjawab: ” Apabila kegembiraannya ketika ditimpa musibah sama seperti dia mendapat akan nikmat”

Sesunggunya, bukan mudah untuk belajar untyk bersikap redha menerima qadak dan qadar-Nya. Apabila anda berasa tertekan, ucapkanlah selalu di dalam hati: “OH TUHANKU…APA YANG TERJADI PADA DIRIKU..HAMBA REDA DENGAN KETENTUAN-MU YA ALLAH…”

JANGAN SUKA BERTANGGUH

Untuk mendapatkan keceriaan di wajah, anda mesti mengatur jadual hidup dengan baik, jangan suka bertangguh kerja-kerja anda. Anda pasti tidak akan larat melakukan keja seperti dulu. Apabila berada di rumah, jangan biarkan diri anda melakukan sesuatu yang anda tidak sanggup anda kerjakan. Berteus-teranglah kepada suami, pastinya suami akan faham.

BERHIASLAH, M,ANJAKAN DIRI ANDA DENGAN MERAWAT SELURUH TUBUH

Sayangilah diri dengan penjagaan kesihatan yang rapi, diet yang seimbang, rehat yang mencukupi dan rawatan kecantikan yang boleh membantu mengubati stress. Janganlah layan perkara-perkara yang boleh memudaraatkan anda. Persaaan sedih dan risau memang menjadi tetamu yang tidak diundang. Usah dilayan emosi yang negetif itu..

Wasalam,