Archive for the tazkirah malam.penawar isteri stress Category

Tazkirah Malam: Penawar Untuk Isteri Stress

Posted in tazkirah malam.penawar isteri stress on April 21, 2010 by sekamarrindu2009

perkahwinan umpana belayar di lautan yg luas pasti ada gelombangnya..

Asalamualikum semua..:

Sebelum ini, tazkirah petang saya bertajuk : Pantang Larang Apabila Suami Stress, namun di malam indah ini, saya akan membicarakan tazkirah malam saya yang bertajuk “Penawar Untuk Isteri Stress”.

Sungguh cuak atau terganggu apabila wajah isteri mencuka saja bukan?.Pasti tak berseri dan hilang segala aura kemesraannya. Awal pagi sudah berleter tidak tentu pasal, anak-anak dan suami yang jadi mangsa, namun jika suami mahu marah benda-benda yang remeh-temeh. susah jugak mahu terima. Kesian jugaklah pada si isteri yang tertekan tu…

Apakah Penawar-Penawar Menceriakan Wajah Isteri?
ZIKRULLAH
Mengingati Allah swt Siapakah yang paling banyak diingati? Seandainya masalah dan kesusahan sahaja yang selalu diingati, pasti lebih teruk jadinya.Pagi-pagi ketika pertama dari tidur apakah yang pertama terkeluar dari mulut kita?
” alamak..nasi aku….atau mana periuk dan kuali, air panas, kopi? anak-anak nak madi, sarapan anak-anak dah siap ke belum? Bangun kesiangan kena cepat dan cepat..” tetapi isteri yang tercantik wajahnya apabila dia bangun dari tidur, disebutnya nama TUHANnya yang Maha Penyayang, “Alhamdulillah, Ya Allah, Engkau telah menghidupkan aku, ku mohon daripada MU daripada kejahatan makhluk..
Betapa cantiknya luahan hati yang beriman. Ia mengalir bersama desahan nafas dan mewangi pada pagi hari. Bertemu dengan suami membawa hati yang bersyukur dan harapan supaya cintanya tetap berlabuh di hati. Setiap kali bertemu seperti pertemuan yang pertama, penuh cinta dan penuh rindu, redha dan kasih sayang. Semua itu disebabkan ucapan yang pertama yang dilafazkan ketika dia bangun dari tidur. Lafaz zikir yang menceriakan wajah.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Hanya dengan mengingati Allah SWT, hati menjadi tenang ( Surah al-Ra’d: Ayat 28)
TAUBAT
Umar bin Al-Khattab RA berkata; “Duduklah kamu bersama-sama orang yang suka bertaubat, kerana mereka mempunyai hati yang paling lembut.” Isteri yang suka mencari kelemahannya dan bertaubat atas dosa dan kesilapannya memiliki hati yang lembut, jika marahpun bertempat dan cepat sejuk kembali.

Apabila kemarahan telah menguasai hati, letakkanlah tangan di atas dada dan rasai adakah tersisa iman di sana?Jika ada rasa tidak puas hati dengan orang lain eloklah kita beringat apakah diri kita sudah sempurna hingga asyik nak menyalahkan orang lain. Kadang-kadang kesalahan daripada diri sendiri orang lain menjadi mangsa. Marah adalah hembusan syaitan. Manakala sabar dan redha adalah perisai bagi orang-orang yang beriman.

Wajah seorang isteri yang cantik berseri merupakan impian setiap orang suami. sambutlah kekasih anda dengan senyuman yang paling manis dan hati yg redha. Rasulullah SAW bersabda: ” Sebaik-baik hamba Allah SWT ialah mereka apabila dipandang, mengingatkan kamu kepada Allah SWT ( Hadis riwayat Ahmad dengan Sanad yang sahih)

Semoga mendapat sedikit menafaat atas apa yang saya tulis…
wasalam..
p/s: camar tak sunyii lagi..