Archive for the tazkirah malam Category

Tazkirah Malam: Kemuncak Cinta Malam Pertama…..

Posted in tazkirah malam on November 23, 2010 by sekamarrindu2009

Assalamualaikum..WBT.
Inginkah malam pertama yang romantik bersama suami tersayang? Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memastkan momen itu bermakna antara anda berdua. Malam yang memiliki seribu macam keunikan yang boleh menghangatkan rasa kasih serta sayang suami isteri. Bahkan dalam sebuah hadis disebut bahawa pada setiap malam Allah SWT akan menyebarkan rahmat-Nya kepada seluruh makhluk yang mengambil kesempatan berkenaan.
Sesungguhnya hanya rahmat dari-Nya yang menyatukan dua hati, menjaga dan melindungi dari sebarang kejahatan makhluk. Siapakah yang melembutkan hati suami bagi menahan sabar saat menghadapi kerenah sang isteri jika bukan Allah SWT. Siapakah yang meruntuhkan ego isteri ketika merajuk kalau bukan kerana sentuhan rahmat dari Allah SWT.
SUAMI DAN ISTERI YANG MENGINGATI MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR
Anda tidur di sisi suami yang dicintai, bebas memeluknya sambil berbual-bual manja, Di bahunya anda menangis dan tertawa manja, tangannya sentiasa hangat mengusap pipi yang kesejukan.
Begitulah malam yang anda lalui bersamanya. tetapi bagaimana nanti jika anda melalui malam pertama di alam kubur? Sendirian dicengkam rindu. tangisan yang takkan dapat dipujuk lagi. Ketakutan dan gementar menghadapi amalan akibat perbuatan sendiri. Di mana suami tempat curahan kasih? Sampai hati dia pergi meninggalkan anda seorang diri…sunyi, gelap dan sempit.
Belum sempat anda lupakan kepahitan menelan rasa rindu di hati, datang pula Utusan Allah SWT. Membawa berita yang sangat menakutkan. Siapakah yang akan menjaga kengerian isteri semasa isteri di alam kubur? Di mana kah suami? Di manakah suami yang dulu melindungi? Siapakah yang boleh membela wanita ini daripada keraksuan dan kekejaman ulat, cacing, kala jengking dan ular? Tubuh mulusnya, wajah cantiknya, rambut ikalnya semuanya menjadi santapan malam pertama makhluk yang menjijikkan itu. Di mana suami masa ini..??. Hanya amal soleh saja yang dapat menyelamatkan seorang wanita yang malang itu.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ” Jika salah seorang antara kamu meninggal dunia, dinampakkan tempat tinggalnya pagi dan petang, jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjadi penghuninya..Apabila dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjadi penghuninya. Lalu dikatakan kepadanya inilah tempat tinggalmu sehingga Allah SWT membangkitkanmu pada hari Kiamat ( Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hanya iman dan amal soleh sajalah yang melayakkan seseorang muslim memandang syurga tempat tinggalnya setiap sejak hari pertama dia ditempatkan di alam kubur.
Ingatlah…malam pertama di alam kubur ketika anda dan suami menikamati malam-malam yang indah di alam percintaan duniawi. Jangan terleka kenikmatan sesaat sehingga melupakan bekalan yang perlu dibawa untuk perjalanan yang panjang di alam kubur nanti.
SUAMI DAN ISTERI YANG MENGINGATI MALAM PERTAMA DENGAN BERTAUBAT
Mereka akan kekal menjadi pengantin syurga di sisi Allah SWT. Dilimpahi kasih Ilahi, diselamatkan dari orang-orang yang dengki dan cemburu. Pandangan mata suami ke arah isterinya menghantarkan kasih sayang Allah SWT.
Hari-hari yang dilalui adalah perjuangan panjang dan melelahkan demi membina keluarga yang beriman, melahirkan anak-anak yang tunduk dan sujud kepada Allah SWT. Apabila malam meyelimuti syurga yang dibina, kedua suami isteri itu bangun menghiasi dengan rintihan taubat, tumpahan air mata dan kuntuman doa-doa harum di sudut hati. Kerana mereka percaya hari esok adalah terlalu kejam dan ganas. Sesiapa yang tidak menjadikan Allah SWT sebagai penolong pasti akan terkorban di landasan kehidupan.
Amalan yang paling dikasihi Allah SWT adalah taubat kepadaNya. Tiada hadiah yang paling menggembirakan pada sisi Allah SWT kecuali kembalinya seorang hamba pulang dengan penyeselan atas kesilapan..
Wasalam..

moga mendapat sedikit sebanyak menafaat…InsyaAllah..

Advertisements

Tazkirah Malam: Bagaimana Mahu Merangsang Gaya Hebat Suami?(Yang Belum Kahwin Pun Boleh Baca..)

Posted in tazkirah malam on May 17, 2010 by sekamarrindu2009

Assalamualaikum….wbt,

Malam ini saya akan membicarakan bagaimana peranan si isteri boleh merangsang gaya hebat seorang suami..

Rumahtangga yang harmoni hanya dimiliki oleh pasangan suami isteri yang sentiasa hangat berasmara. Faktor hubungan seksual sangat penting bagi melestarikan ikatan kedua-duanya. Walaupun ianya bukanlah menjadi satu-satunya matlamat bagi kaum wanita, namun seseorang isteri tetap mahukan suami mereka memilki ciri-ciri hebat lain hingga ke akhir hayat.
APAKAH DAYA TARIKAN YANG PALING HEBAT YANG DIRASAI OLEH SESEORANG ISTERI KETIKA MELIHAT SUAMINYA?
  • JANGAN JATUHKAN MARUAH- Karismatik yang terbina dengan sikap berani, bertanggungjawab, amanah, melindungi, menolong dan memahami antara sifat-sifat seorang lelaki sejati. Jangan jatuhkan MARUAH ANDA ( SUAMI) dengan menyerahkan tanggungjawab nafkah kepada isteri. Seandainya berlaku juga, pastinya si isteri akan hilang rasa hormat kepada suami yang begini. Ketegasan yang dipamerkan dalam perhubungannya bukannya dengan sifat mengongkong isteri tetapi dengan mendidik kepada matlamat yang jelas dan cara yang berhikmah.
  • KEJAYAAN MESTI DIMULAKAN DENGAN PERANCANGAN- Idealistik, mempunyai cita-cita, idealisme dan impian meningkatkan kejayaan dari segi material, fizikal dan mentaliti. Kejayaan bermula dari hubungan dengan isteri, anak-anak dan keluarga menjadi pemangkin kejayaan di luar rumah. Jika di rumahnya tidak amanah dengan tugasnya sebagai seorang ayah, bagaimana di luar rumah jika dia seorang ketua, pegawai besar? Kejayaan perlu dimulakan dengan perancangan. Kewangan yang kukuh menjadi menjadi salah satu tonggak kebahagiaan di zaman ini. Ini adalah realiti. Ini adalah kenyataan. Suami yang idealistik berkerja lebih keras dan berusaha untuk mendapat penghasilan tambahan untuk keperluan pendidikan anak-anak, perubatan dan sumbangan kepada orang tua yang menjadi tanggungjawab seorang anak. Suami juga perlu bijak menyimpan wang yang diperlukan semasa kecemasan.
  • LELAKI YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEHHolistik, lelaki beriman dan beramal soleh. Membimbing isteri dan anak-anaknya ke jalan Allah swt, berdiri sebagai seorang imam yang diikuti ketika mendidik keluarga, memberi contoh yang baik dan sentiasa menjadikan ahli keluarganya objek dakwah yang paling utama. Berapa ramai suami yang kaki masjid, tetapi isteri dan anak-anaknya menjadi mangsa fesyen murahan? Rumah terbiar tanpa asuhan agama, tiada suara orang membaca al-Quran dan menegakkan sembahyang, yang ada cuma hiburan yang melalaikan.
  • MENGHARGAI MOMEN PENTING DALAM PERCINTAANRomantik, menghargai momen penting dalam hubungan suami dan isteri. Keintiman perlu sentiasa disemai dengan sentuhan pada hati dan perasaan isteri, tubuh badannya dan juga corak pemikirannya. Mereka sentiasa mencari kesamaan di celah-celah perbezaan yang kompleks. Proses menghangatkan perhubungan ini berterusan sehingga menjadi seperti satu jiwa, satu badan, dan satu fikiran. Jika anda melihat kehebatan orang yang berjaya, lihatlah pada pasangan hidup mereka. Mereka layak mendapatkan kejayaan itu disebebkan adanya kekuatan insan di sisi mereka. Sebenarnya apabila kita ikhlas kerana Allah swt dalm menasihati suami, Allah swt akan menghantar kata-kata perangsang itu terus ke hati suami anda, tetapi jika anda menasihatinya dengan nafsu amarah yang tidak terkawal, ianya ibarat seperti melemparkan batu api ke dalam hatinya. Suami pantang mendengar ayat-ayat leteran. Masa dan tempat di mana anda menasihatinya juga mesti tepat dan sesuai. LIhatlah wajah suami jika saat dia tengah happy, tiada tekanan atau ketika dalam pelukan anda, itulah masa yang paling sesuai. Tahukah anda? Soalan yang yang ditujukan kepada Saiditina Aisyah RA tentang keperibadian suaminya junjungan Rasulullah SAW, Beliau menjawab : ” Dirinya seperti Al-Quran yang berjalan…”
Semoga mendapat sedikit menafaat atas apa yang saya paparkan di blog saya yang tak seberapanya ini..
Wasalam,’
sekamar rindu

Tazkirah Malam : Bagaimanakah Cara Untuk Tangani Seandainya Perempuan Lain Meminati Suami Orang….

Posted in tazkirah malam on March 16, 2010 by sekamarrindu2009

gambar hiasan semata-mata

Salam……..sahabat-sahabat saya semua…Bacalah dengan mata hati pasti anda akan mendapat rahmat dari Allah SWT..InsyaAllah..

Tajuk Tazkirah saya malam ini ialah : Bagaimanakah Cara Untuk Tangani Seandainya Perempuan Lain Meminati Suami Orang….
Setiap pasangan yang berkahwin pasti memiliki sensiviti yang kuat antara satu sama lain. Bahasa tubuh mereka memiliki isyarat yang berfungsi sama dan sepadan dalam menterjemahkan perasaan masing-masing. Kadang-kadang isteri yang merajuk memendam rasa akhirnya dapat juga dipujuk dengan kepakaran sang suami yang boleh menyelami perasaan hati si isteri. Begitu juga si isteri melihat si suami berubah wajah pasti ia faham kegelisahan dan kemurungannya.
Sudah pasti ada petua-petua yang berjaya membuat suami ceria kembali. Allah SWT telah menciptakan kedua-duanya secocok, saling lengkap melengkapi dalam meniti kehidupan yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Kerana terlalu pekanya perasaan suami dan isteri menyelami hati, adakalanya kepekaan itu berakibat negetif seperti terlalu cemburu dan berprasangka buruk.
Bagi seorang isteri yang emosional, kecemburuan itu agaknya lebih ketara jika dibandingkan sang suami yang banyak bertindak secara rasional. Tetapi memang patut dan baik bagi isteri-isteri untuk berwaspada terhadap tindak tanduk suami mereka, kerana mungkin di luar sana meminati suami anda. Jika anda mempunyai suami yang memiliki karater yang memikat, kaya, dan bergaya, terkenal baik hati dan lain-lain maka berhati-hatilah…dan tidak terkejut peminat-peminat suami anda berani mengajak untuk bermadu dengan suka dan rela hati..( ada ker?) Kalau benar keadaan ini terjadi pada anda, apakah yang patut anda lakukan??

BERBINCANG DENGAN SUAMI

Bersosial tidak salah, hanya jika terlalu berlebih-lebihan dan melampau saja yang menjadi masalah.Suami pantang dinasihati, jadi jangn menggunakan kata-kata menasihati, gunalah perkataan memujuk atau mengorek keterangan tentang wanita itu dengan “secara bergosip”. Tidak salah seandainya anda mengajak suami membuat gosip tentang perempuan yang meminati suami anda tersebut.

Bagaimanakah caranya?:

Contoh:

“Abang, tau tak., kemapa budak Ena itu ramah sangat orangnya? Janganlah pulak menggunakan kata-kata: Apasal awak suka sangat berborak dengan budak gatal itu, jangan-jangan awak pun gatal sama juga ya..”

Kata-kata seperti yang dinyatakan itu jika tidak dilaksanakan dengan betul, pasti tangan suami akan hinggap kemuka isteri.
Kalau dah melampau, anda boleh menggunakan:

“Abang, jangan marah ya…abang tak perasan ke.., Ena tu nampak kurang hormat dengan kedudukan abg sebagai ketua. Saya perasanlah, dia terlalu bebas bercakap dan bergaya di depan abag. saya takut abang tidak sedar,kalau sudah melampau tidak baik orang nampak. Boleh menjadi fitnah walaupun abag tidak ada apa-apa dengan dia. Saya sayang abanglah saya tanya dan tak mahu apa-apa yang buruk berlaku pada abang..”

InsyaAllah..lembut hati suami tu….

BERSEMUKA DENGAN PENGODA SUAMI ANDA ITU

Apabila perbuatannya tidak keterlaluan dan masih boleh dimaafkan, anda bolehlah berbincang dengan wanita ini. Minta dia fikir dan bertanggungjawab ke atas seksaan yang anda rasa dalam hati. Wanita mesti mempunyai perasaan yang lembut dan senang dipengaruhi untuk berubah sikap apabila dihormati. Manakala tomohan dan caci maki akan merosakkan hubungan anda dengan perempuan itu. Mungkin perbuatan anda menyakiti hatinya akan membuat dia lebih berani berperang melawan anda.untuk merebut suami anda.
KAWAL EMOSI
Kawal emosi di samping mengawal suami dengan sewajarnya. Jangan cepat mengambil tindakan drastik sebelum anda betul-betul memilki yang betul dan tepat. Gunakan cara yang rasional. Itulah sikap wanita yang matang.
PERBAIKI LAYANAN
Anda mestilah bersikap seperti peminat-peminatnya juga. Anda menjadi orang yang sangat meminati suami anda. Gayanya, pemikirannya, sikap dan tindakannya menjadi inspirasi kepada anda. Semakin ada cemburu, maka hendaklah semakin hebat layanan yang anda berikan.. Insyallah..pasti suami tidak lari ke wanita yang lain.
JANGAN TINGGALKAN SEMBAHYANG
Jangan tinggalkan sembahyang dan berdoa kepada Allah SWT. Ini sangat membantu memberi ketenangan hati dan perasaan anda. Bukankah dengan mengingati-Nya hati menjadi tenang, seperti mana firman-Nya yang bermaksud:

” Dan mintalah pertolongan ( Kepada Allah SWT) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khsuyuk ( Surah Al-Baqarah: 45)

Orang-orang meninggalkan sembahyang akan terputus hubungannya dengan Allah SWT. Bagimanakah anda dapat meminta pertolongan daripada Allah SWT jika tiada alat penghubung antara DIA dengan diri anda. Segala musibah yang datang pasti terjadi dengan kuasa Allah SWT, begitu juga jika Allah SWT hendak menyelamatkan anda, dengan mudahnya segala bencana dapat dihindarkan dari diri anda dan suami. Ingatlah hidup kita semua berada dalam kekuasaan-Nya. Allah SWT juga lah yang menggenggam diri kita dan menggariskan senario kehidupan manusia.

p/s: cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun… pilihlah yang mana satu ..

Tazkirah Malam: Kemuncak Cinta Malam Pertama: Di Dunia Dan Di Alam Kubur.

Posted in tazkirah malam on March 9, 2010 by sekamarrindu2009

Malam ini Tazkirah Malam saya bertajuk : Kemuncak Malam Pertama Di Dunia Dan Di Alam Kubur.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi peringatan termasuk kapada saya juga dan sahabat-sahabat yang lain, yang singgah di sini..

Inginkan malam yang romantis bersama suami tersayang? Banyak caranya yang anda boleh lakukan untuk memastikan momen itu amat bermakna bagi anda berdua. Malam yang memiliki seribu keunikan yang boleh menghangatkan kasih dan sayang suami isteri. Bahkan dalam sebuah hadis ada menyebutkan bahawa pada setiap malam Allah SWT akan menebarkan rahmat-Nya kepada seluruh mahkluk yang mengambil kesempatan berkenaan.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya ..” Tuhan kami (dengan rahmat-Nya) turun ke langit dunia pada tiap-tiap malam, iaitu ketika masih tersisa dari malam hari sepertiga terakhirnya, lalu berfirman..” Barang siapa yang berdoa kepada-KU, maka AKU perkenankan baginya, barangsiapa yang meminta kepada-KU, maka AKU memberikannya, barang siapa yang meminta ampun kepada-KU, maka AKU akan mengampuninya” ( Hadis riwayat a-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya hanya rahmat dari Allah SWT saja yang boleh meyatukan dua hati, menjaga dan melindungi dari sebarang kejahatan makhluk. Siapakah yang melembutkan hati suami bagi menahan sabar, saat menahan kerenah sang isteri jika bukan Allah SWT? Siapakah yang meruntuhkan ego isteri ketika merajuk kalau bukan kerana sentuhan rahmat-Nya.

Allah SWT mencintai kita sepanjang masa, bukan terbatas kepada waktu malam sahaja. Tetapi momen yang paling bermakna itu lebih terasa di hati pada saaat malam berlabuh. Keikhlasan cinta itu terbukti ketika seorang hamba bersendirian menghadap-Nya, rela memuji-Nya dalam sujud dan rukuk, doa dan zikir yang tidak putus ketika orang lain lena dibuai mimpi. Ada satu malam, anda dan suami akan merasakan kenikamtan menjadi hamba Allah SWT yang meraih cinta tertinggi milik-Nya. Siapakah pengantin yang sangat beruntung itu?

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah swt sekalian,

Anda tidur di sisi suami yang dikasihi, bebas memeluknya sambil berbual manja. Di bahunya ada menangis dan tertawa, tangan sentiasa hangat mengusap pipi yang kesejukan. Begitulah malam-malam yang anda dan suami lalui bersamanya. Tetapi bagaimana nanti melalui malam pertama di alam kubur? Sendirian dicengkam rindu, tangisan yang tidak akan dapat dipujuk lagi, ketakutan dan gementar menghadapi amalan akibat perbuatan sendiri. Di manakah suami tempat curahan kasih?. Sampai hati dia meninggalkan anda seorang diri. Sunyi gelap dan sempit.

Belum sempat anda lupakan kepahitan menelan rindu kepada kekasih hati, datang pula UTUSAN Allah swt membawa berita yang menakutkan. Siapakah yang akan menjaga seorang isteri dari kengerian alam kubur? Di manakah suaminya yang dulu melindungi? Siapakah yang boleh membela wanita ini dari kekejaman dan kerakusan ula tanah, cacing, tikus, kala jengking dan lipan?. Tubuh mulusnya, wajah cantiknya, rambut ikalnya menjadi santapan malam pertama makhluk yang menjijikan itu. Di manakah suaminya? Hanya amal soleh yang dapat menyelamatkan seorang wanita yang malang ini.

Sahabat-sahabat semua,

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, ” Jika salah seorang antara kalian meninggal dunia, ditaampakkan kepadanya tempat tinggalnya pagi dan petang, jika dia termasuk penghuni syurga, maka dia menjadi penghuninya. Apabila dia termasuk penghuni neraka, maka dia menjadi penghuninya. Lalu dikatakan kepadanya, inilah tempat tinggalmu sehingga Allah SWT membangkitkanmu pada hari Kiamat” ( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hanya iman dan amal soleh sahaja yang melayakkan seseorang muslim memandang syurga tempat tinggalnya setiap hari sejak hari pertama dia ditempatkan di alam kubur. Ingatlah malam pertama di alam kubur ketika anda dan suami menikmati malam-malam yang indah di alam percintaan duniawi. Jangan terlena oleh kenikmatan sesaat hingga melupakan bekalan yang perlu dibawa untuk perjalanan yang panjang di akhirat nanti..

Sahabat-sahabat saya yang dirahmati Allah SWT,

Mereka akan kekal menjadi pengantin syurga di sisi Allah SWT Dilimpahi kasih Ilahi, diselamatkan dari ganguan orang-orang yang dengki dan cemburu. Pandangan mata suami ke arah isterinya menghantarkan kasih sayang kerana Allah SWT, hati sang isteri yang ikhlas melahirkan sikap taat dan reda kepada suaminya semata-mata kerana Allah SWT.

Hari-hari yang dilalui adalah perjuangan yang panjang dan melelahkan demi membina keluarga yang beriman, melahirkan anak-anak yang soleh yang sujud kepada Allah SWT. Apabila malam menyelimuti syurga yang dibina, kedua suami isteri itu bangun menghiasinya dengan rintihan taubat, tumpahan air mata dan kuntuman-kuntuman doa harum di sudut hati.

Bacalah dengan mata hati….Insya-Allah..mungkin akan mudah difahami…Semoga Allah SWT memberi rahmat kepada kita semua…amin.

Wasalam..