Archive for the tazkirah musafir.. Category

…"cikgu dari mana asal kita…."

Posted in tazkirah musafir.. on December 8, 2010 by sekamarrindu2009

ibu menunggu dengan penuh debar

bahagia berada di dalam ini..

kita lahir ke dunia.

terdapat 41 kelebihan wanita berbanding lelaki, salah satunya doa wanita lebih makbul daripada lelaki, ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W, akan hal tersebut, jawab baginda: ” Ibu lebih penyayang daripada ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia. Salah satu yang tak ada pada lelaki ialah mengandung, Allah SWT Maha Mengetahui kenapa Allah SWT hanya mahu wanita saja yang mengandung dan melahirkan anak, itulah nikmat Allah SWT bagi pada yang sangat tidak ternilai jika hendak dibanding dengan seluruh isi bumi ini pun, nikmat mengandung ini sangat besar..
Bila anak murid saya bertanya, di dalam satu sesi soal jawab selepas Tazkirah UPSR hari tu, “Cikgu, dari mana asalnya kita..?” soalan ini sangat mengejutkan saya..
” soalan kamu ini sangat bagus.. cikgu akan jelaskan..semoga kamu lebih faham ok..” ( aku bukanlah ustaz tapi sikit2 tu bolehlah, sesuai dengan tahap pemikiran murid 12 tahun.
Sebelum cikgu menjawab soalan Arfa tu, cikgu mahu kamu semua renung sejenak..fikir-fikirkan..cuba pejamkan mata…mengenai diri kita.. ( pelajar pejam mata selama 3 minit..suasana senyap..)
“memang kita tak sedar, kita sudah pun ada di dunia ini… sedar-sedar kita dikelilingi oleh orang-orang yang kita sayang., mak, ayah, adik-adik kita…, sahabat-sahabt kita, dan lain-lain.. kita tak dapat ingat, bilakah kita minta dilahirkan ke dunia. Kita juga tak ingat perkara yang berlaku semasa kita dilahirkan.. kalau kita ingat, pasti kita tak mahu keluar dari perut ibu, sebab tak nak ibu kita menanggung kesakitan kerana melahirkan kita..”
“Kita juga lupa, apa yang berlaku dalam kandungan ibu kita selama 9 bulan 10 hari………..kita tak tahu apa-apapun sebelum kita wujud di dunia ini..”
“Siapakah yang menciptakan kita daripada tidak ada kepada ada? Siapakah yang menjaga kita semasa berada dalam tempoh “tak sedarkan diri iaitu semasa kita berada di dalam kandungan ibu kita tu..? “ kata aku….aku lihat budak-budak diam..tunduk tak menjawab sepatahpun…
satu lagi…?
“siapakah yang menumbuhkan tulang-tulang dan daging pada tubuh badan kita tu..? siapakah yang mendegupkan jantung dan memanjangkan rambut kita tu..?”
aku memandang sekali imbas muka guru besar yang ada dalam dewan tu..cikgu-cikgu lain juga diam.. ( tadi rasa mcm sedang berborak2 semasa aku berucap)
” kita sebenarnya tak tahu sepenuhnya seluruh episod hidup kita.. semasa kita berada di dalam perut ibu, segala yang berlaku bukan dalam kawalan kita. ibu kita sendiri tak tahu anak yang dikandungi nya itu sama ada lelaki atau pun perempuan sehingga dapat dikesan oleh alat khas.. itupun bukannya 100 tepat.
“kita juga tidak tahu, tidak ingat. adakah kita pernah berniat hendak belajar berjalan, belajar merangak, dan belajar menyuap makanan sendiri. Setahu cikgu, ibu bapa kita tidak pernah, mengajar kita cara hendak duduk dan merangkak, tiba masanya ibu bapa kita dapati kita sudah pandai merangak dan berjalan sendiri…bertatih-tatih…sukanya ayah dan ibu kita masa tu.. siapakah yang mengajar kita..?…..
Berbalik soalan tadi…dari mana asal usul kita..?
“Pada suatu ketika, Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah untuk Allah SWT menciptakan Adam. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bimbang Adam melakukan maksiat kepada Allah SWT. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah SWT, selepas itu Allah memerintahkan Malaikat Mikail, jawapan bumi pun masih sama. Allah SWT memerintahkan lagi Malaikat Israfil. tetapi malangnya jawapan bumi masih sama.

Lalu akhirnya, Allah SWT menyuruh Malaikat Izrail turun ke bumi… ” Hai, Izrail, Engkaulah kini aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan jangan Engkau mengalah. Katakan tugas untuk mengambil tanah ini adalah perintah dari Allah SWT. Maka akhirnya bumi baru memberi izin tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah SWT, lalu Allah berfirman:

“Ya Izrail, pertama engkau yang KU tugaskan mengambil tanah, dan kemudian nanti AKU tugaskan engkau mencabut roh manusia.
“Kita berasal daripada tanah….”
Pelajar saya Arfa mendapat 5A dalam UPSR tahun 2010..

…….