Archive for the tazkirah pagi…… Category

Tazkirah Pagi: 3 Deria Buat Suami Tak Cari Perempuan Lain..

Posted in tazkirah pagi...... on December 9, 2010 by sekamarrindu2009

Assalamualaikum……..WBT,
Kepuasan lelaki ada pada wanita. Kerana wanita dicipta oleh Allah SWT untuk mendampingi lelaki yang dahagakan kasih sayang dan begitulah sebaliknya. Keresahan dan kegelisahan suami hanya terubat dengan ketenangan dan kelembutan tangan isteri. Sentuhan dan belaian isteri mampu menenteramkan jiwanya. Jika kebahagiaan suami di tangan isteri, maka kesengsaraannya juga berpunca daripada kelemahan melakukan tugas sebagai sepasang kekasih maka suasana itu sudah tentu akan menjadi tegang. Masing-masing menuntut pasangan berperanan dengan sempurna.
Isteri yang kurang mahir menjaga makan minum suami berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Begitu juga suami yang tidak pandai mengambil hati isteri, menyebabkan isteri cepat tersinggung akhirnya membawa kepada keretakan yang sedikt demi sedikit dan akhirnya rumahtangga yang dibina runtuh dihempas badai.
Deria Yang Boleh Menambat hati Suami yang perlu diketahui oleh isteri ialah:
  • DERIA PENCIUMAN
Untuk legakan stress suami yang penat seharian bekerja, isteri digalakan, mandi dan berhias, memakai wangi-wangian yang lembut, mengemas bilik tidur dalam keadaan rapi dan wangi, tentu saja bukan hanya suami yang merasa tenang, isteri juga akan lapang hati walau berada di dalam rumah yang sempit. Perlu diingat, bauan yang wangi itu adalah hak suami, semestinya di dalam rumah anda mesti lebih cantik dan wangi berbanding di luar rumah.
  • DERIA PENGLIHATAN
Mata ialah organ seks yang pertama sekali akan terangsang. Oleh itu di dalam Al-Quran, Surah Al-Nur, ayat 30-31, jelas menerangkan tentang suruhan menundukkan pandangan bagi lelaki dan wanita yang bukan mahram, maksud ayat : ” Katakanlah wahai Muhammad, kepada orang-orang lelaki yang beriman, supaya mereka menyekat pandangan ( daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka, sesungguhnya Allah SWT amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan”
Demikanlah betapa hebatnya mata! kerana panahan mata terus ke hati. Apabila isteri tidak suka berhias untuk suaminya, kemanakah pandangan suami akan bertumpu? Relakah isteri jika suami lebih berminat memandang perempuan lain? Kecantikan adalah daya tarikan luar biasa bagi setiap lelaki. Jangan memeberi alasan..” ala…tak pe… suami I ok punya…”
  • DERIA RASA
Kalau sudah pandai masak, belajarlah menghidangkan ( kalau tak ada idea, boleh singgah ke blog Dapur Tanpa Sempadan). Saya dah lihat sendiri pelbagi menu yang ada..nak tambah ilmu masak memasak bolehlah singgah..
Hidangan ala restoren mahal walaupun bahan yang digunakan murah saja. Apabila suami dan isteri sama-sama penat seharian bekerja, bolehlah isteri meminta suami temankan anda memasak, dia tak pandai masakpun tak mengapa, asalkan duduk bersama di dapur sambil bersembang-sembang, si suami pula jangan mengganggap si isteri sebagai orang gaji, kalau mahukan sesuatupun mintalah dengan lemah-lembut gaya bahasanya. Gunakan 2P (puji dan pujuk). Cukup senang menambat hati suami kan?. Tolong jaga makan dan minumnya. Jika isteri boleh lakukan semua itu dialah syurga di hati suami.
Wasalam..

…….

Tazkirah Pagi : "HAKIKAT KEJADIAN LELAKI DAN WANITA DALAM SEBUAH PERKAHWINAN YANG DIREDHAI ALLAH SWT….

Posted in tazkirah pagi...... on May 20, 2010 by sekamarrindu2009
Di pagi yang sepi lagi hening ini, sekali lagi saya mahu membicarakan Tazkirah saya yang bertajuk : “HAKIKAT KEJADIAN LELAKI DAN WANITA DALAM SEBUAH PERKAHWINAN YANG DIREDHAI ALLAH SWT” Bacalah dengan mata hati, dan jika ada walau sebesar zarah pahala untuk tulisan ini, saya sedekahkan buat awrah ibu saya….alfatihah..
Kesepian Adam AS di dalam syurga akhirnya diluahkan juga kepada Allah SWT. Allah SWT Maha Memahami keperluan hambaNya sejak azali lagi. Allah SWT juga mengetahui hamba-Nya amat lemah sehingga mereka memerlukan pasangan. Hamba-Nya tidak akan mampu hidup keseorangan dan bersendirian dan itulah fitrah manusia yang telah diletakkan dalam diri hamba-Nya ini.

Lantas Allah SWT menciptakan Hawwa’ AS sebagai pasangannya. Diciptakan Hawwa’ AS sebagaimana Allah SWT menceritakan di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud:
” Wahai sekelian manusia, bertawakallah kepada Tuhan-MU yang telah menciptakan kamu dari seorang diri dan daripadanya Allah SWT menciptakan isterimu, dan daripada kedua-duanya Allah SWT memperkembangkan laki-laki dan perempuan yang banyak dan bertawakallah kepada Allah SWT yang dengan (mempergunakan) namaNya, kamu saling meminta satu sama lain dan peliharalah hubungan saliturahim. Sesungguhnya Allah SWT selalu menjaga dan mengawasi kamu.”.( Surah a-Nisa, ayat 1)
Inilah hakikat dan abadi penciptaan manusia yang pertama dengan dua jenis yang berbeza. Inilahh hakikat hubungan yang telah dimeteraikan. Keduanya saling berkaitan dan tiada pemisahan. Kedua-dua jenis mahkluk yang sama ini, iaitu manusia tetapi berbeza lelaki dan perempuan. Kedua-duanya saling perlu memerlukan dan sangat lemah lagi daif apabila dipisahkan. Manusia tidak akan mampu hidup dengan yang sejenis jantinanya saja. Kerana fitrah asal ciptaan Allah SWT manusia hendaklah saling berpasangan. Lelaki dan perempuan saling perlu memerlukan. Kenapa?? Itulah kehendak Allah SWT dan membuktikan maha lemahnya insan yang diciptakan yang sama sekali tidak mampu menandingi kebesaran Allah SWT.
Lantaran itulah kaedah perhubungan antara kedua-dua jenis jantina ini apabila telah disatukan atas kalimah suci Allah SWT, yang amat kukuh, iaiatu perkahwinan yang diasaskan atas nama Allah SWT, dihalalkan hubungan suami isteri.Allah swt keadah hubungan antara kedua-duanya dengan ungkapan yang paling mudah dan ringkas saja. Aku terima akan nikahnya dengan mas kahwinya yang tersebut..” Kata-kata yang ringkas itu apabila diucap dengan lancar, terhasillah satu ikatan suci antara dua insan, yang dinamakan suami dan isteri. Tetapi ramai juga manusia yang dikuasai nafsu gagal memahami dan melaksanakannya. Kaedah ini terkandung dalam mahhum wahyu yang bermaksud: ” Dan bergaullah dengan mereka ( isteri) secara yang makruf (patut). Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka ( maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah SWT menjadikan padanya kebaikan yang banyak ( Surah al-nisa, ayat 89).
Jika lelaki dan wanita memahami hakikat dan fitrah penciptaan diri mereka, nescaya aman dan damailah dunia ciptaan Allah SWT ini. Tetapi inilah satu lagi kelemahan diri manusia yang suka ikutkan nafsu, suka salahkan pihak lain sebelum menilai apakah tindakan beliau itu cerdik, betul dan benar serta menepati kehendak agama.
Tulisan ini saya dediksaikan buat lelaki dan wanita beriman.dan juga buat kamu…Semoga mendapat menafaat buat kita semua..
p/s: mendoakan kamu selalu……