Archive for the Telinga Budak 6 Tahun Selamatkan Dari Jatuh Bangunan 8 tingkat Category

>[ gambar ] Telinga Budak 6 Tahun Selamatkan Dari Jatuh Bangunan 8 tingkat

Posted in Telinga Budak 6 Tahun Selamatkan Dari Jatuh Bangunan 8 tingkat on February 21, 2011 by sekamarrindu2009

>

telinga jadi penyelamat

budak ini sangat bernasib baik

Seorang budak lelaki Cina berumur enam tahun telah diselamatkan dari jatuh pada ketinggian lapan tingkat oleh telinganya apabila ia tergantung dari bar besi di luar rumahnya.

Ming Ming, pada awalnya kepalanya tersangkut di bar besi di rumahnya di Yichang, China.

Tetapi ia tidak terjatuh terus kerana telinganya yang capang tersangkut dan tertahan pada bar besi yang terkeluar itu.

Budak lelaki ini dipercayai terjaga dari tidur selepas datuknya meninggalkan ia di rumahnya buat sementara waktu untuk keluar. Bila dia bangun, dia telah terjatuh dari tingkap rumahnya ketika ingin mencari datuknya.

Orang ramai berkumpul setelah mendengar jeritan seorang budak lelaki dan penyelamat berjaya menyelamatkannya. Pasukan penyelamat menggunakan pengembang tekanan hidraulik untuk meregangkan bar-bar besi itu dan menariknya kembali ke dalam pangsapurinya.

Seorang saksi berkata: “Satu-satunya perkara yang menyelamatkan dia dari terjatuh adalah kerana kepala telah tersangkut di antara dua besi bar itu.”

Jurucakap pasukan penyelamat Wang Shen berkata: “Dia mungkin boleh mati terjatuh – atau sesak nafas – pada bila-bila masa”.


p/s: bila ajal belum tiba….walau apapun tak akan mati..!

Advertisements