Archive for the tentang aku.. Category

secebis kisah……….tentang aku…

Posted in tentang aku.. on March 24, 2010 by sekamarrindu2009

Esok, pemantauan berkelompok PPD akan datang ke sekolah…bila mereka ini datang, semua guru, termasuk aku akan jadi stress, stress, tekanan, selalunya seminggu atau dua minggu sebelum datang, pihak PPD akan bagitahu, adalah ruang sedikit untuk warga sekolah ini bernafas..Sabtu pula ada Mesyuarat Agung PIBG, aku yang juga Setiausaha PIBG, memang terasa tekanan..selain daripada itu di sek juga aku memegang jawatan GPK Koko, yang terpaksa menguruskan sebanyak 50 fail, ( persatuan, permainan dan sukan, serta badan uniform).

Namun pengalaman banyak membantu diriku untuk mengurus stress dengan baik, releks laaa… setiap persatuan, badan uniform dan sukan serta permainan, ada Analisis Persekitaran Swot, yang meliputi kelebihan dan kelemahan, peluang dan cabaran yang perlu dinyatakan dengan jelas. Perancangan Strategik Ko-kurikulum, yang pasti akan diselak sehelai demi sehelai esok. Selain daripada itu, Isu-isu strategik setiap Badan Uniform dan Persatuan serta permainan, telah pun siap ( dengan KPI -nya, Sasaran, Matlamat Strategik, dan bermacam-macam serba mak nika lagi…)

Pengalaman Tahun 2009…awal tahun, seramai 10 orang (nazir 3 orang, dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Pegawai dari JPNS 4 orang dan 3 orang daripda PPD datang melihat saya mengajar Science Year 1, dengan menggunakan aplikasi terkini, ( sekolah projek penggunaan TV/LCD sesentuh, iaitu pelajar boleh menyentuh skrin dengan menggunakan tangan semasa proses p&p. Peralatan canggih ini adalah teknologi terkini Korea. (bersaiz besar, berharga RM 45,000 satu unit) Perasaan tuhan la tahu., gelabah memang ada, lebih-lebih lagi pelajar Tahun 1, yang tak peduli pun..pelawat ada di dalam kelas. ..masa satu jam, terasa lama berjam-jam lamanya……masa tulah gaduh la, menangis laa..mcm-mcm kerenah pelajar2 ni..

terus terang aku sangat seronok mengajar murid-murid tahun 1. Pendekatan yg berbeza apabila berhadapan dengan tahun 6. Mengajar sains UPSR ( tahun ni rest.), dan juga menjadi Pentaksir Kawsan Sains UPSR, memerlukan aku melawat banyak sekolah untuk memantau guru-guru sains di sekolah-sekolah berkenaan terutama dlam pemarkahan PEKA (Penilaian Kerja Amali Sains) yang markah tersebut akan dimasukkan dalam slip UPSR, banyak memberi pengalaman yg sangat berguna, mengenali ramai kawan yang mengajar Sains, boleh bertukar-tukar pendapat, terutama cara dan teknik-teknik yang betul untuk memberi kefahaman kepada pelajar dalam memahami Kemahiran Proses Sains. Soalan Sains Bahagian B, UPSR, banyak berkisar tentang Kemahiran Proses Sains, Kemahiran Manipulatif Sains. Kegagalan pelajar memahami semua ini, tidak mungkin pelajar akan boleh menjawab soalan UPSR dengan betul.

Cara untuk mendapatkan markah dalam matapelajaran Sains, juga perlu diajar kepada pelajar. latihan-latihan soalan berbentuk Inferens,Pemerhatian,Membanding beza, Hipotesis, Mengawal Pembolehubah, (WTC- what to change, WTO-What to observe,dan lain-lainnya perlu diterapkan sejak awal lagi. Eksperimen-eskperimen perlu dilakukan sendiri oleh pelajar dan guru hanya pemudahcara sewajarnya dijalankan. Apabila kesemua itu telah difahami, keputusannya pasti mengejutkan. Pengalaman tahun lepas, seorang pelajar tahun 6, hanya seorang yg gagal ( keputusan 4 E 1 C- dan C adalah subjek Sains.)…..aku sangat gembira, beliau seorang murid yang sangat lemah, membacapun tergagap-gagap, tetapi mendapat keputusan C dalam sains adalah keputusan yg sangat mengejutkan..dan untuk keputusan C tersebut, saya hadiahkan sebuah basikal padanya….