Archive for the terima kasih. Category

>terima kasih….

Posted in terima kasih. on February 28, 2011 by sekamarrindu2009

>

hanya pada waktu
ku serahkan rindu

entah hari ni
esok atau lusa
ku tidak tahu
bila lagi dapat memelukmu..
ayah kesayanganku

Advertisements

>Terima kasih pada yang sudi singgah blog saya…petang ini 350 orang sedang online di blog saya….terharu sangat.,.

Posted in terima kasih. on February 14, 2011 by sekamarrindu2009

>

350 sedang online di blog sekamar rindu, 2.42 petang ini

192 sedang online pada 11.53 malam tadi

saya sangat berterima kasih kepada sahabat2 saya yang sudi singgah ke blog picisan Sekamar Rindu ini..
malam tadi bila buka blog..saya lihat 192 orang sedang online.. sangat mengejutkan…dan pada hari ini ( petang ini) pada pukul 2.42 petang ini saya lihat seramai 350 orang sedang online di blog saya yang tak seberapanya ini..
alhamdulillah..terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada sahabat2 saya yang sudi singgah di blog saya ini.. sangat rasa terharu sekali bila melihat pageview hari ni melebihi 3000 orang yg masuk ke blog ini..
semua ini memberi semangat pada saya…..untuk terus berblogging..
terima kasih semua..
sekamar rindu,
blogger picisan..

>terima kasih…

Posted in terima kasih. on December 24, 2010 by sekamarrindu2009

>


sesungguhnya tak ada duri apalagi menusuk ke hati
kepada semua yang telah melepaskan genggam jemari
ku ucapkan terima kasih telah sudi merangkai hari
ku akan berlayar sendiri dengan perahu sepenuh duri

….

Terima Kasih Ben Ashaari., Follow Blog Saya…( follower yang ke 615)

Posted in terima kasih. on November 22, 2010 by sekamarrindu2009

Saya hari ini sangat gembira kerana Blogger Terkenal Tanahair, Ben Ashaari singgah dan telah follow blog sekamar rindu ini..Terima kasih buat Ben Ashaari…bukan senang untuk blogger hebat seperti Ben Ashaari untuk terjah blog saya ni..saya tahu dan sedar itu, kerana beliau mempunyai follower melebihi 4000 untuk disinggahi.. rasa sepeti mimpi…terima kasih Ben..!

Kepada sesiapa yang masih belum follow blog Ben Ashaari ini, boleh la berbuat demikian…..
Link ke Blog Ben Ashaari.
615

tak putus-putus saya terima ucapan tahniah……hehe

Posted in terima kasih. on November 1, 2010 by sekamarrindu2009

Piala Malaysia jejak bumi kelantan tepat jam 2.00 petang ini

pagi ini, ke sekolah seperti biasa..jam 7.00 sudah sampai ke sekolah, walaupun dalam suasana hujan yg renyai-renyai, kereta di jalanan pun masih belum banyak lagi..
masuk parking mcm biasa….
bila keluar je kereta., anak-anak murid ku meluru ke arah aku..terkejut juga..
” Sir…….., tahniah..Kelantan menang.!.” Husna, Izatti, Diana, dan ramai lagi pelajar-pelajar tahun 4, bersalaman dengan aku.. Aku mcm biasa releks saja…sambil senyum-senyum..
dalam perjalanan ke bilik guru, terserempak dengan Pak Cik Din, seorang tukang kebun ku yang baru saja sampai di sekolah,
“..Cikgu.., waaaah…tahniah..Kelate…Tahniah….menang ya…” kata Pakcik Din sambil gelak-gelak.. ” Fuyyoo…penyokong kelantan..ramai betul…” katanya lagi..
saya hanya mampu senyum…jangan lah ucap tahniah kat saya…saya tak main bola tu…dia orang yg main..hehe..kata ku.
Masuk ke bilik guru, suasananya sama juga… semua rakan-rakan guru termasuk Guru Besar yang ada di bilik guru tu mengucapkan tahniah kepada saya..
” tahniah buat kau Sir….kau memang peminat setia Kelantan.. berjaya juga”,, berbakul-bakul saya terima ucapan tahniah.
jam 11.00 pagi masuk ke Kelas Tahun 4, untuk mengajar spt biasa; masuk saja…riuh rendah dengan suara pelajar-pelajar saya..hehe..
” Sir….Kelantan main tak aci…main jahat…Adil cedera kena tendang…” itulah kata-kata yang diucapkan..aku terdiam..aku membiarkan mereka meluahkan rasa hati..
dari pagi hingga waktu balik…tak putus-putus dengan kata-kata tahniah…, sehingga di kantin pun, masa makan pun makcik kantin juga mengucapkan tahniah pada saya….hehehe.

– Saya adalah satu-satunya guru dari Kelantan yang mengajar di sekolah ini (di Seremban)…..

ke KLIA dan Terima Kasih Pada Tanpa Nama

Posted in terima kasih. on June 15, 2010 by sekamarrindu2009

di KLIA petang ini

persimpangan isyarat sebaik keluar tol Pajan Nilai

sejak ayah sakit, mengalami stroke hidup aku pun dah berubah secara mendadak..segala urusan kerja yg dulu diuruskan oleh ayah, kini aku terpaksa terlibat secara langsung, meskipun sibuk dengan tugas hakiki, mengajar, sebelum ini belajar menyambung pengajian. Kesibukan dgn memegang amanah yang berat, terpaksa aku pikul, nak mengharapkan abg, abg juga sibuk, jadi mahu tak mahu aku terpaksa pikul segala tanggungjawab ini.

petang tadi ke KLIA bertemu dengan pakcik aku, beliau yang dalam perjalanan ke India dari malam ini atas urusan kerja. Wp sibuk, aku sempat meluangkan masa bertanya khabar dan bertanyakan hal-hal yang berkaitan dengan bisnes, sepatutnya aku pun ikut sama ke India, namun majlis kovo pada 20hb ni yang menghalangnya..

di entri “siramlah hatiku dengan api biar kering biar mati” ada satu komen: aku tak tahu apa motif penulis ini menulis begitu….ada juga segolongan manusia happy melihat orang lain derita.. sifat dengki, irihati memang ada.. puas memikirkan siapa dia penulis ini.. baru saya perasan.. dan tahu siapa gerangannya..tak apalah..terima kasih banyaklah atas ulasan itu..sekurang-kurangnya ada jugak yang singgah..aku tak ambil hati tatkala membacanya..yg pasti penulis ini adalah seorang yg mempunyai hati yang busuk dan tak senang dengan kebahagiaan orang lain.. dia dulu pernah saya menolak cintanya dan memilih Jantung Bulan sebagai suri dalam hati aku…moga Allah swt memberi rahmat dan mengampukan segala dosa2 nya..amin.

Tanpa Nama berkata…

PADAN DENGAN MUKA U.
PERCAYA LAGI PADA SI DIA TU..

SEKARANG APE JADI??

AKU GELAK HAPPY…..HOHOHOHO.

#JanTung Xde BuLAN#

p/s: perlu belajar hidup sendiri lepas ini.. sepi adalah duniaku….terima kasih.,.

pandai anak murid ambik hati cikgu…….

Posted in terima kasih. on May 13, 2010 by sekamarrindu2009


“siapa yang tak siap kerja sains yang cikgu bagi semalam, sila keluar depan” kata aku dengan nada yang tegas.

Afif, Shafiq, Afiq dan Azrin dengan selamba keluar ke meja guru.

” Afif, kenapa tak siap latihan sains yang cikgu bagi?”

” dah siap dah cikgu..tapi lupa nak bawa..” kata anak murid aku..tulah alasannya..

“kamu Shafiq?” tanya aku, sambil memegang rotan..silap jawab kang…pasti singgah..

” cikgu, saya tak siap sebab kertas latihan yang cikgu bagi tu, adik saya koyakkan..” kata Shafiq dengan nada yang sedih..

” aik…kenapa pula adik kamu yang koyakkan?”

“malam tadi, masa tengah buat latihan sains tu..mak suruh jaga adik, mak nak solat.. masa tengah jaga adik tu, adik koyak, sebab tu tak siap” kata Shafiq dengan sungguh-sungguh.

“kamu Afiq, kenapa tak siap?”

“dah siap dah…tapi tertinggal atas meja..nak ambik terlupa..” kata Afiq perlahan.

“kamu Azrin, kenapa?”

“Kertas yang cikgu bagi tu dah hilang..”

alasan-alasan yang mcm tu lah kadang2 aku naik angin.. lupa, dah hilang dan sebagainya..

“Shafiq, Azrin pergi ambil dalam bilik cikgu latihan sains tu, dan sebelum pukul 7.30. esok mesti ada atas meja saya, faham?”

” faham cikgu…”

tak tahu la pagi nanti dia orang ikut ke tak arahan yg aku bagi tu…

tepat jam 1.00 petang loceng balik dibunyikan…dalam siap2 nak balik, datanglah Afiq dan Shafiq ke bilik aku..

“cikgu..saya minta maaf pasal tadi…pasal saya tertinggal latihan sains tu..” kata Afiq

” ok…tapi esok perlu siap..”

“Cikgu.., saya bawakan barang2 cikgu ke kereta. banyak tu cikgu..”

” ok…bawa elok2 laptop cikgu ni.. banyak benda ada dalam tu tu…”

dalam hati….aku berkata..” pandai betul dia orang ambik hati aku..”