Archive for the teringat ibu malam ini Category

selalu harum pusara ibu

Posted in teringat ibu malam ini on May 21, 2010 by sekamarrindu2009

hujanlah yang menanda jejak pulangku..
untuk bersimpuh di kaki ayah..
tak luput juga ku ziarah pusara ibu.
terasa kering lekat kembali..
ada cinta berderai sepanjang senja
yang memang basah..

di kota itu telah ku tanda jejak pulang..
seperti menada bibir kekasih..
rindu yang lama yang mencengkam jiwa..
lenyap sudah tergulung cuaca..

pulang padamu ayah membangkitkan sejuta rindu.
manis di kota itu seperti manis sebatang tebu..

hujanlah yang menanda jejak pulangku..
terasa rindu harum pusara ibu…
Advertisements