Archive for the tips Category

>Curi saja Follower Kat Blog Abg Ben kalau nak tambah follower…..

Posted in tips on December 13, 2010 by sekamarrindu2009

>

saya mahu membuka satu rahsia…bukan rahsia sulit kerajaan tu..rahsia mengapa blog aku ni dalam sehari nak kata banyak yang follow tak adalah..tapi meningkatlah juga.. dalam satu hari lebih kurang 30 blogger yang follow dah kira ok la tu.

rahsianya ialah:

apabila saya online, selepas membuka beberapa blog…saya akan KLIK Blog Abang Ben…Blog Ben Ashaari yang lebih mesra aku panggil Abang Ben, pendek kata kalau saya online 4 jam….4 jam jugalah saya membaca entri2 abg ben yang lama2 tu…wap ringkas tapi banyak info yang kita dapat..

perkara yang aku buat apabila buka blog abg ben.:

  • baca entri dia tu..kalau ada segmen yang aku nak join aku join laa..( segmen Blog Pilihan tu tak join, sebab saya sedar diri..huhuhu..blog yang tak seberapa ini, pasti tak akan termasuk dlam senarai punya.
  • kedua: selepas membaca entry, saya akan klik di bahagian komen, dan baca komen2 rakan-rakan blogger yang lain. so apa lagi klik lah setiap blog tu..dan yang pastinya setiap saat mesti ada yang komen…sambil2 saya dok memikirkan ilham yang nak taip tu..saya followlah blog2 di menjadi follower abg ben tu….kalau sesiapa yang perasan, hampir 20% folower yang follow blog sekamar rindu ialah saya “curi” daripada blog abg ben…jangan marah ya abg ben..
  • bila dah follow tu…seboleh2nya komenlah sikit, biar tinggalkan jejak..agar senang orang lain nak follow juga blog saya tu.. ayat-ayat seperti ” saya follower blog awak yang ke….. contohnya ke..1000..tulislah biar blogger lain tu sedar yang kita dah follow blog dia orang..
  • lepas tu akan bertambah-tambah lah ..tak banyak pun kira ok laaa.. saya masih ingat abg ben follower yang ke 615 tiga minggu yang lalu.. dalam jangka masa 3 minggu blog saya dah bertambah hampir 500 follower…kira oklah tu.. saya pernah baca abg ben kata follower penting untuk tingkatkan traffic, saya faham sebab kat blog abg ben banyak iklan-iklan yang ada..lain la di blog saya satu habuk pun tak ada iklan..berblogging hanya untuk suka2 saja sambil isi msa lapang..
  • akhir sekali jangan lupa nak follow blog abg ben…dah singgah tu..follow laa sama tau..

so….silalah ke blog abg ben..cepat2 curi follower kat blog dia..sebab apa? kat blog dia tu follower bertambah setiap minit…
link ke blog BEN ASHAARI

Advertisements

Cara Memujuk Suami Menolong Isteri Membuat Kerja Rumah….:

Posted in tips on November 23, 2010 by sekamarrindu2009

Kesibukan isteri yang juga merangkap sebagai ibu kepada anak-anak memang tak pernah akan abis-abis.. siap satu kerja….ada dua tiga lagi kerja yang perlu dibereskan. Suami yg perihatin pasti akan membantu si isteri melakukan apa yg patut kerja-kerja rumah, namun jangan lak terkejut andai ada suami yang buat-buat tak tahu je…. kalau isteri minta tolong, buat2 tak dengar, lebih-lebih lagi kalau suami tu tengah baca surat khabar atau sedang online ( contohnya melayan kawan2 di fesbuk..) memang susah..
so mcm mana nak selesaikan hal-hal yang macam ni? perlu ada caranya juga,
Cara 1:
Ayat yang membuatkan suami marah bila disuruh buat kerja rumah:
” abang,…!!! tlonglah sayang kat dapur ni….kan sayang merajuk seminggu tak masak kan….!!!”
Ayat yang suami suka dan dengan pantas suami buat kerja rumah:
” abang sayang…., tolonglah sayang kat dapur ni…lagi cepat siap kerja, hati pun senangkan leh rehat lagipun malam ni kan malam Jumaatkan…” ( mood isteri yang senyum-senyum..)
Cara 2 :
Ayat yang membuatkan suami marah bila disuruh buat kerja rumah:
” abang….., cantikan belakang rumah kita, mcm hutan belukar….tak lama lagi boleh buat hutan simpan kan, bang kan…..” ( perli yang pedih di hati suami tuuu..)
Ayat yang suami suka dan dengan pantas suami buat kerja rumah:
” abang tahu tak, tadi kan, sayang nampak 5 ekor ular kat belakng rumah.. pergilah tebas belakang rumah tu…bahaya tu bang ooooii.. ( suami yg sayang keselamatan keluarganya akan bergegas bertindak wp isteri buat tipu olok-olok hehehe.)
Cara 3 :
Ayat yang membuatkan suami marah bila disuruh buat kerja rumah:
” bang……!!!! Tolonglaaaaa…bantu ayang ni…, pemalas betul laaaaa…laki ayang ni..!! ( alamak…bab kata pemalas ni..suami akan terasa beb…hehe)
Ayat yang suami suka dan dengan pantas suami buat kerja rumah:
” abang……., apa kata abang tolong ayang buat keje umah ni… kan ayang berbadan dua ni… ( suami yang terkejut dengan kata-kata isteri yang kata berbadan dua, sepantas kilat suami bantu…hehe walupun sebenarnya tak..! )
Walau apapun.. untuk kerukunan rumahtangga, suami isteri perlulah saling bantu-membantu…tolong menolong antara satu sama lain..

– rindu