Archive for the Tragedi Ramadhan: Timbalan Pengarah Veterinar Mati Dibunuh Category

Tragedi Ramadhan: Timbalan Pengarah Veterinar Mati Dibunuh

Posted in Tragedi Ramadhan: Timbalan Pengarah Veterinar Mati Dibunuh on August 4, 2011 by sekamarrindu2009

IPOH, 4 Ogos — Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak. Dr Rohani Kassim, 38, ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Tambun di sini, awal pagi tadi.
Kelihatan anggota polis menyiasat persekitaran rumah mangsa di tingkat satu Apartment Permai Lake View, Tambun.

Jenazah Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kassim, dibawa keluar dari bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dikebumikan di Kampung Parit Haji Ali, Bagan Serai di sini, hari ini.

Jenazah Dr.Rohani dibawa menaiki ambulans

Ibu Dr Rohani Kassim, Sharifah Razali, 72, menenangkan anaknya Ruzaina Kasim,41, (kiri) ketika menunggu di perkarangan rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, hari ini.


Berita ini sangat mengejutkan lebih-lebih lagi dalam umat Islam di seluruh negara menjalani ibadat puasa kita dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam seperti ini.

Saya berdoa agar pihak polis dapat menagkap penjenayah kejam ini secepat mungkin dan mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya..


credit for : Bernama