Archive for the trust Category

mengapa seseorang tidak percaya pada kita..?

Posted in trust on October 24, 2010 by sekamarrindu2009

Salam petang semua……..
entri petang ini berkaitan dgn “Kepercayaan”. Kepercayaan adalah kata dasarnya “percaya”, “ke” dan “an” merupakan apitan imbuhan yang diberikan untuk membezakan ayat tentang sesuatu maksud tertentu. Pentingkah kepercayaan ini dalam sesebuah persahabatan? Pentingkah keprcayaan ini dalam satu-satu perhubungan? Jawapnya “Ya”. Namun untuk mempercayai seseorang tidak semudah yang digambarkan dengan kata-kata sebenarnya. Kadang-kadang kawan baik pun boleh makan kawan sendiri. Selalu terjadi dalam sesuatu perhubungan, baik kawan baik, sahabat, kekasih dan lain-lain lagi.
Mengapa kita susah nak percaya pada seseorang? dan mengapa orang susah nak percaya kat kita? pun satu persoalan yang baik untuk dibincangkan. Jika kita baru kenal seseorang mesti sangat sangsi dan timbul dalam hati. Ada tu, yang sudah mengenali sesorang dalam jangka masa yang lama pun, kadang-kadang masih juga belum mempercayai seratus peratus..terpulanglah pada seseorang itu untuk berbuat demikian..Dalam satu-satu perhubungan adalah tidak wajar sekiranya tidak ada kepercayaan langsung, mungkin tidak salah untuk meletakkan kepercayaan dalam anggaran 80% mungkin, itupun sudah memadai bukan?
Ketika saya sedang membaca surat khabar lewat beberapa bulan yg lalu, tiba-tiba datang seseorang, beliau dalam lingkungan usia 50-an berhenti di depan rumah saya. Oleh kerana pintu pagar terbuka, beliau terus memasuki di halaman rumah saya…saya tergaman dan terkejut,
” assalamualaikum….cikgu, ” memberi salam, dan selepas menjawab salam, saya mempelawakan beliau duduk..beliau kelihatan resah dan seperti dalam kesusahan lagaknya.
” cikgu percaya kat saya tak?” tanya beliau lagi.
” percaya kenapa, pakcik?” tanya saya yg masih kehairanan..Sejujurnya saya tidak mengenalinya, tetapi pernah tengok beliau, namun tak beberapa pasti di mana.
” Kalau cikgu percayakan saya, saya nak pinjam duit dengan cikgu, RM 500″ katanya lagi.
saya agak terkejut dengan kata-katanya. Beliau memberitahu yang dia ada masalah kewangan, dan beberapa masalah yang lain. tetapi dari segi perwatakannya serta gerak hati saya, pakcik ini tidak bercakap dengan jujur, dan saya tidak mempercayainya. Kerana dalam raga motornya saya terpandang satu tin minuman keras..mungkin dia mabuk saya pun tak pasti.
Itulah satu contoh untuk menjelaskan lagi dalam sudut “kepercayaan” ini. Dalam satu-satu perhubungan perlu ada komitmen, bukan sekadar menepati segala janji, tetapi seseorang itu wajib menghargai janji-janji dengan sesiapa saja dalam satu-satu perhubungan. Contohnya, kalau seseorang cikgu berjanji pada pelajarnya yang mendapat subjek Sains dalam UPSR A, untuk memberikan wang RM 100 contohnya, janji itu hendaklah ditepati, walaupun pada masa tersebut pelajar-pelajar sudah pun melupakan semua janji-janji tersebut dulu, sama juga dalam perhubungan dengan sesiapa saja.
Sikap saling percaya mempercayai seseorang pastinya akan mengeratkan lagi satu-satu perhubungan, kadang-kadang kepercayaan itu sangat penting menyamai nilai maruah diri seseorang, melebihi dari nilai wang ringgit sebenarnya.
Pastinya, untuk memperolehi kepercayaan itu, sikap jujur sangat penting. Seboleh-bolehnya seseorang itu tidak sewajarnya menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika seseorang itu jujur, seseorang itu tidak perlu takut untuk mengeluarkan pendapat, berbahas dalam apa saja, mungkin akan berlaku kecil hati dan sebagainya, kerana menyatakan yang jujur itu perlu walaupun kadang-kadang ianya pahit.
p/s; follow your heart, but be quiet for a while first. ask questions, then fell the answer.Learn to trust your heart