Archive for the ulusan penuh final malaysia lwn Indonesia Category

>Ulasan penuh Perlawanan Akhir Malaysia lwn Indonesia dan juga 6 kereta perisai tentera membawa pemain dan pegawai ke hotel penginapan..

Posted in ulusan penuh final malaysia lwn Indonesia on December 30, 2010 by sekamarrindu2009

>

Cuti umum Jumaat 31hb Disember 2010: Jasa mengharumkan nama negara sangat dihargai kerajaan

Kesian penyokong Indonesia!..hanya mampu memandang kegembiraan Malaysia

pandangan luar gol Malaysia: di saat Nasuha menjaringkan gol

Irfan menanduk bola di luar kotak penalti
Khairul Fahmi diasak oleh Gongzalez

Gongzales menyerang ke arah gawang Malaysia

S.Kunalan terjatuh semasa merampas bola

Penjaga gol terbaik negara

di saat Indonesia merayakan jaringan penyamaan 1-1

Firman Utina, pemain terbaik Piala AFF Suzuki

Irfan penyerang Indonesia

salah seorang penyokong malaysia bersorak kegembiraan

penyokong Malaysia berpesta di Kuala Lumpur

kereta perisai polis mengawasi perlawanan akhir

S.Kunalan merampas bola di kaki Mohd.Nasuha

penyokong Malaysia di Prai yang bersorak gembira

penyokong Malaysia di Dataran Senawang Seremban

penantian 14 tahun berakhir

antara penyokong Indonesia

antara polis wanita Indonesia yang mengawal stadium malam ini

sepakan Safee Sali inilah yang menjaringkan gol buat Malaysia

jelas tergambar kekecewaan Indonesia

pemain-pemain Malaysia yang memakai cermin mata bagi menggelakkan pancaran leser malam ini **

gaya terbang Gonzalez yang sama dilakukan oleh Nor Sharul idlan malam ini

Safee Sali dan Nor Sharul Idlan menyerang ke kubu Indonesia bagi mencipta gol

rakan-rakan merayakan kejayaan Safee Sali menjaringkan gol

6 buah kereta perisai tentera Indonesia membawa pemain dan pegawai Malaysia ke hotal penginapan Malaysia malam ini..kerana ancaman penyokong-penyokong Indonesia
Tarikh : 29hb Disember 2010
Stadium : Glora Bung Karno, Jakarta, Indonesia
Masa : 7.00 malam ( waktu Indonesia,) 8.00mlm waktu di Malaysia.
Pengadil : Peter Direl Green dari Australia
Separuh Masa Pertama
Perlawanan malam ini di antara Malaysia dengan Indonesia cukup sengit Indonesia yang begitu bersemangat dengan 90 ribu penyokong Indonesia membanjiri Stadium Gelora Bung Karno belum cukup untuk menafikan Malaysia menjulang Piala Suzuki dan menjadi pasukan yang paling digeruni di peringkat Asia Tenggara.
Sebaik saja Pengadil dari Australia, Peter Direl Green, dari Australia meniupkan wisel memulakan permainan, pasukan Indonesia yang diketuai oleh penyerang berbisa Indonesia Christian Gonzalez, Irfan Bachdim, Arif Suyono menyerang bertubi-tubi ke gawang Malaysia, namun kecekapan penjaga gol Malaysia, yang juga penjaga gol paling bernilai negara, Khairul Fahmi Che Mat, menggagalkan usaha Indonesia mendapatkan gol awal.
Dalam minit ke 14, misalnya, penyerang Indonesia Arif Suyono yang mengumpan cantik melalui hantaran silang kepada Muhammad Ridwan, dan Ridwan dengan deras merembat ke gawang gol, namun dengan keyakinan yang tinggi, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi berjaya menangkap kemas rembatan tersebut.
Dalam minit ke 16, pada separuh masa pertama, pemain tengah Malaysia, Mohammd Ashari Samsudin, berjaya menggelecek dua pertahanan Indonesia iaitu Mohammd Nasuha dan Zulkifly Syukur sebelum merembat deras menggunakan kaki kiri sempat ditampan kemas oleh penjaga gol Indonesia Markus Haris Maulana.
Indonesia terus menyerang ke kubu Malaysia bertali arus, dan dalam keadaan kelam kabut itu dalam minit ke 18, bola yang disepak oleh Maman Abdurrahman telah terkena tangan Sabree Mat Abu. (masa ini Sabree Abu telah dikenakan kad kuning) Penalti telah diberikan oleh Indonesia, namun sepakan penalti yang diambil oleh Ketua Pasukan Indonesia, Firman Utina berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi.
Selepas sepakan penalti ini gagal disempurnakan oleh Firman Utina, pasukan Malaysia semakin bersemangat, dan cuba membuka peluang hantaran silang kepada penyerang Malaysia, Safee Sali dan Nor Shahrul Idlan Talaha, namun benteng pertahanan Indonesia begitu kebal setakat minit 20 permainan.
Dalam minit yang ke 24 pula, Ahmad Bustomi menghantar hantaran lambung kepada penyerang Indonesia, iaitu Christian Gonzalez, namun tandukan Gonzalez melepasi palang gol Malaysia. Kubu Malaysia selamat lagi.
Dalam minit ke 26 pula, pemain Indonesia, Hamka Hamzah telah menerjah dengan bahaya pemain Malaysia, Mohammad Ashari Samsudin dan sepakan percuma telah diberikan oleh pengadil dari Australia tersebut, namun hasil sepakan percuma itu, gagal dibaca oleh Nor Idlan Talaha. Malaysia kecewa lagi.
Dalam minit ke 30, permainan, Khairul Fahmi, sekali lagi menyelamatkan hantaran lintang Gonzalez, yang merupakan satu-satunya peluang Indonesia memecah kebuntuan, namun benteng terakhir, iaitu, Khairul Fahmi berjaya merebahkan badan menangkap kemas. Dalam saat ini, pertahanan Malaysia yang diketuai oleh Mohd Sabre Mat Abu, Mohd Asaruddin Putra Omar dan Muhamad Muslim kelihatan longgar. Namum begitu arahan daripada Ketua Jurulatih, Rajagobal agar tidak memberi ruang penyerang menyepak bola ke arah gawang gol, banyak menyelamatkan gawang Malaysia.
Dalam minit ke 32 pula, Malaysia mengatur serangan ke kubu Indonesia, hasil horongan S.Kunalan kepada Safee Sali, yang berjaya memasuki ke kotak penalti Indonesia, namun sepakan Safee melencong ke sebelah penjuru kiri gawang Indonesia. Malaysia gagal lagi.
Peluang keemasa Indonesia untuk menjaringkan gol hadir dalam minit ke 45, apabila kelam kabut berlaku di depan gawang gol, namun Mohamd Muslim berjaya menanduk nipis ke belakang, hampir-hampir menciptakan gol pertama Indonesia, namun Pengadiil Peter Driel Green menuipkan wisel bagi menamatkan separuh masa pertama..
Ulasan Separuh Masa Kedua:
Separuh masa kedua bermula dengan Malaysia mengambil giliran, iaitu, Nor Sharul Idlan Talaha, dan Saffe Sali memulakan sepak bagi separuh masa kedua. Semasa separuh masa kedua ini, kedua-dua tidak membuat sebarang pertukaran pemain supaya tidak mengganggu rentak permainan.
Dalam minit ke 54, di dalam Stadium Gelora Bung Karno senyap seketika, apabila bola hantaran lambung Ashaari singgah betul-betul di kaki Safee Sali dan beliau berjaya menewaskan Markus Haris Maulana. Kemenangan sudah berada di depan mata. Mengikut undang-undang baru FIFA, gol ditempat lawan sangat berharga, satu gol di kira 2 gol.
Dalam minit ke 56, Indonesia telah membuat pertukaran dua pemain serentak, apabila Bambang Pamukngkas dan Eka Ramadani dimasukan menggantikan Firman Utina ( yang gagal menjaringkan gol penalti ) dan Ifran Bachdim. Kemasukan Bambang Pamungkas membuat corak Indonesia berubah, dan kembali berbiasa dan hasilnya dalam minit ke 71 permainan, penyerang Indonesia telah berjaya menjaringkan gol semangat Indonesia apabila sepakan Mohamad Ridwan berjaya ditepis oleh Khairul Fahmi dan muntah betul-betul di kaki Mohamad Nasuha. Gol ini mengakibatkan semangat Indonesia semakin meningkat.. Malaysia sangat tertekan, dan serangan bertali arus bertubi-tubi namun benteng pertahanan Malaysia sangat kebal menahan asakan pasukan Indonesia.
Dalam minit ke 81 permainan, Nor Idlan Talaha yang menanduk secara terbang gagal menjaringkan gol hasil lambungan cantik Safee Sali, antara lambungan tercantik yang pernah saya lihat.
Serangan bertali arus..penyerang Indonesia yang bertali arus, Bambang Pamungkas, Gonzalez, Nasuha sekali lagi berjaya membuat benteng Malaysia tertekan, dan hasil sepakan Mohammd Ridwan terkena kepala Muhammd Muslim untuk gol yang kedua Indonesia.
Akhirnya dalam minit ke 93 ( selepas tambahan masa 3 minit) pengadil Peter Direl Green dari Australia telah menuipkan wisel bagi menamatkan permainan. Kejayaan ini sangat manis buat seluruh rakyat Malaysia. Dan malam ini, Perdana Menteri telah membuat pengumuman Jumaat ini adalah cuti umum bagi Malaysia, semata-mata untuk merayakan kemenangan yang sangat bersejarah ini.
****Satu fakta menarik Safee Sali: pemain yang menjaring terbanyak kejohanan piala suzuki, hari ini ( beliau berpuasa hari ini)..beliau bermain untuk Malaysia, sebaik saja berbuka puasa, malam ini dan menjaringkan gol untuk Malaysia,
Fakta kedua:
pemain Liverpool Steven Gerrad pun menonton perlawanan malam ini yang dipancarkan ke seluruh dunia. Klik sini
Fakta ke tiga:

Rio Ferdinand pemain MU pun menonton perlawanan akhir malam ini.

Fakta Ke empat:

Jurulatih Indonesia Alfred Riedl yang dibayar gaji sebagai jurulatih US 100, 000 sebulan bakal dipecat.

…..tahniah Malaysia..!!

Advertisements