>[ Gambar ] Perempuan Tunisia Mengandung 12 Bayi Sekaligus

>


Wanita yang berasal Tunisia ini sedang mengandung 12 bayi. Wanita yang enggan disebutkan namanya itu mengungkapkan kehamilan ini sangat menggembirakan kerana sebelumnya wanita ini mengalami dua kali keguguran. Dia dan suaminya berharap memiliki enam anak laki-laki dan enam anak perempuan. Ketika ini wanita tersebut dikatakan sedang hamil sembilan bulan dan dalam masa menunggu melahirkan.

Namun, para pakar kesihatan mengkritik keras apa dialami wanita ini. Mereka menuduh doktor yang merawat pasangan itu mempertaruhkan kesihatan serta kehidupan ibu dan bayi yang dikandung. Tidak diketahui pengubatan kesuburan apa yang mereka lakukan, tapi suami wanita yang bernama Marwan, mengatakan kalau mereka mengharapkan anak kembar.

Isterinya pula ingin segera memeluk bayi kembarnya dan ingin melahirkan secara normal. Tetapi menurut pakar kandungan itu tidak mungkin. Marwan, yang mengajar di sebuah sekolah di Gafsa, bahagian barat Tunisia, mengatakan kehamilan 12 bayi ini adalah sebuah keajaiban.

“Awalnya aku berfikir bahawa isteriku akan melahirkan kembar dua. Tetapi ditemukan lebih banyak janin,” kata Marwan seperti dikutip dari Telegraph.co.uk. Keadaan tersebut menurut Simon Fisher, pakar fertilitas dari University of Oxford, sangat menakutkan. Dia mengatakan kehamilan tersebut dapat terjadi kerana pasangan mengabaikan nasihat dari doktor dengan melakukan hubungan seksual selama pengubatan.

“Kesempatan untuk janin bertahan hidup sangat kecil. Mungkin beberapa dari janin akan hidup tanpa masalah kesihatan tetapi risiko mereka mengalami masalah kesihatan yang serius juga sangat besar,” kata Fisher. Keadaan ini juga sebelumnya dialami oleh seorang wanita yang berasal Amerika Syarikat, Nadia Sulaeman, tetapi jumlah bayinya tidak sebanyak wanita asal Tunisia tersebut. Pada Januari 2010, ia berhasil melahirkan lapan bayi hasil IVF (pembuahan buatan).

Pada Mei tahun lalu, wanita InggEris, Nuala Conway, melahirkan enam bayi kembar. Satu dari empat anak perempuan dan dua anak lelakinya meninggal bulan lalu. Pada 1996, wanita Inggeris lainnya, Mandy Allwood, juga hamil kembar lapan setelah mengambili ubat kesuburan.

Mandy ditawarkan untuk menggugurkan beberapa janin demi memberi kesempatan bertahan hidup janin lainnya, tapi dia menolak. Akibatnya bayi kembar lapan, enam anak laki-laki dan dua perempuan, dilahirkan selama tiga hari dan semuanya meninggal hanya dalam waktu satu jam.



p/s: untungnya……..sekali bersalin dapat 12 anak…
sumber: klik sini

38 Responses to “>[ Gambar ] Perempuan Tunisia Mengandung 12 Bayi Sekaligus”

  1. >waahh..rmi anak murah rezeki 😉

  2. >waahh..rmi anak murah rezeki 😉

  3. >alangkah bertuahnya..harap semua anak2nya sihat dan selamat dilahirkan

  4. >esht. betul ke ni ? macam x pecaye je,

  5. >err.. unik.. dlam masa yg sma menakutkan.. =.='

  6. >woo..dasyat gile..mintak2 mak ngn anak tu slmt..

  7. >wah..ni kira pakej ni…tp cam ngeri pulak bila di fikirkan..nak keluarkan sorang pun adoi…..MasyaAllah

  8. >wah..ni kira pakej ni…tp cam ngeri pulak bila di fikirkan..nak keluarkan sorang pun adoi…..MasyaAllah

  9. >besarnya perutt..yea lah byk sgt sbb tu meninggal.. persaingan dalam perut tu..

  10. >mudah2an sumenye slmat…tp memg 1 keajaiban kan…urm..

  11. >wow ~hopefully smua slamt lahir la…ade pro n cons jugak sekali ramai nih..huuu

  12. >walawehhhhh…huhuhu..leh buat pasukan bola sepak nih!!

  13. >subhanallah…..inilah hikmah kalau bersabar..walau pernah diuji sehingga 2 kali keguguran..dapat 12 sekali gus(walau mereka bukan islam…sekurangnya yang islam…pernah hadapi masalah seperti beliau…bersabar..mana tau..ada kembar 3,4 wah!!!!!!)

  14. >besar nye perut dieee. takut plak tgk.

  15. >salam,.untung mmg la untung,tapi ya Allah,.seram tengok perot yg nk meletop tu,.haisshh,xdpt nk byangkan,.huhu

  16. >Waaa…. untung tapi menakutkan…(^___^) 12 anak…leh wat 1team bola sepak..ngeee

  17. >Wah,nie dah kira hebat!sekali mengandung dah sedozen.Cikgu Tie share yer!

  18. >kuasa tuhan, ruang perut yg sebesar itu boleh duduk 12 org bayi dlm satu masa…subhanaAllah..

  19. >uii dasyat.tu la klu ramai nie selalunya dah lahir mesti ada yg meninggal.kesian..

  20. >uishhhh..dia dah bersalin lum tuh? tak pernah dgr lagi sampai 12 baby sekali mengandung…

  21. >akak nak share entry ni kat FB ya

  22. >wahhh….menakutkan btl….mcm manela anak kat dlm 2…adoii….seram2…

  23. >fuh! besarnya perut..12org… byk gila kowttt..subhanallah..

  24. >Biar betik. Kucing pun kalah. lol

  25. >uikssss,,,biar betol …. kuasa tuhan ….

  26. >woahh..seram nye tengok perot dia!

  27. >ni baru betul satu team bola sepak…siap ade pemain simpanan sorg…hehe=p

  28. >gila ah..tapi risiko tu pun makin tinggi…

  29. >banyaknye…sampai 12 tu..

  30. >salam….tanpa nama,saya pun nak 12 juga boleh..?:)

  31. >si para para,risiko memang lah tinggi bro…

  32. >manueng,ramainya..mcm mana nak jaga tuuu..

  33. >tpakse upah maid 8 org la…hehe=p

  34. >takut tgk peyut mcm nk melotop

  35. >kalau sudah rezeki Allah ingin memberi dia 12 anak , tiada salahnya 🙂 ngkin ini adalah rezeki dia :]

Leave a reply to Anonymous Cancel reply