>30 Tahun Berkahwin Tetapi Belum Pernah Lihat Wajah Isteri

>


VIVAnews – Pernikahan itu terjalin selama tiga dekad. Anehnya, sang suami sama sekali belum pernah melihat wajah isterinya. Hanya mata yang boleh dipandang selama hidup bersama.

Sepanjang hidupnya, sang istri selalu mengenakan burka, busana tertutup bagi wanita muslim yang hanya memperlihatkan area mata. Bahkan, tidur pun mengenakan busana itu.

Selama 30 tahun menjalani pernikahan tanpa melihat wajah isteri ternyata tak mengubur rasa penasaran sang suami. Diam-diam, lelaki ini nekad menyingkap cadar di wajah isterinya yang tengah lelap tertidur.

Hanya, jawaban atas rasa penasarannya itu harus dibayar ‘mahal’ dengan tuntutan cerai sang isteri, pada 2008 lalu. Sang isteri yang sudah berusia 50-an tahun merasa dikhianati. Dia nekad meminta perceraian, meski suami sudah berulang kali meminta maaf dan berjanji tak mengulangi perbuatannya.

“Setelah sekian tahun, dia (suami) cuba melanggar komitmen, ini sudah kesalahan besar,” kata sang isteri kepada akhbar setempat, Al-Riyadh, seperti dikutip dari laman Daily Mail.

Apa yang dilakukan wanita itu merupakan bentuk kepatuhan terhadap tradisi yang tumbuh subur di kampungnya, tak jauh dari Khamis Mushayt, wilayah barat daya Arab Saudi. Bukan ajaran Islam, namun tradisi ini tumbuh subur di sejumlah kawasan terpencil di beberapa negara Teluk.

Itu pun bukan satu-satunya kes. Seorang lelaki bernama Ali al-Qahtani juga menerima ancaman cerai ketika cuba membuka penutup muka isterinya setelah 10 tahun pernikahan. Beruntung dia dimaafkan setelah berjanji tak akan mengulangi perbuatannya.

Sementara Hassan Al-Atibi mengancam akan menikah lagi jika isterinya tak bersedia membuka penutup muka. Bukannya terancam, sang isteri malah mencarikan wanita yang tak menganut tradisi itu untuk dijadikan isteri kedua. Merelakan suaminya poligami agaknya lebih baik daripada menunjukkan wajahnya ke suami.

Om Rabea al-Gahdaray, 70, salah satu wanita yang menjalani tradisi ini mengatakan bahawa suami tidak boleh melanggar komitmen yang telah disepakati sebelum pernikahan. Suami tak boleh mengubah tradisi yang telah terbangun sejak zamansebelum mereka lahir lagi.

Ketika ditanya bagaimana boleh memiliki anak tanpa mengizinkan suami melihat wajah dan tubuhnya, al-Gahdaray menjawab, “Pernikahan itu tentang cinta, bukan wajah.”

17 Responses to “>30 Tahun Berkahwin Tetapi Belum Pernah Lihat Wajah Isteri”

  1. tak sepatutnya berlaku krg dlm islam tiada istilah aurat antara suami dan isteri

  2. wahhh menarik.. ini bukan ajaran islam kan.. just tradisi mereka.. nice story.. http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/06/haiwan-manusia-apa-salah-haiwan-ini.html

  3. hmmm…macam2 ye. pelik betul, len manusia len ragamnya. kdg2 ada adat yang sampai menyalahi fitrah pun ada.

  4. hurmm pelik2 je dorunk ni..x spatutnye bt camni sbb suami berhak tgk wajah isteri..

  5. wah hingga 30 tahun suami dia menahan diri untuk melihat wajah sang isteri…memang dasat tahap kesabaran suami dia.

  6. eh mcm ni pun ade eah…

  7. alahai…cmne 2 …nk tgk muka pun x bagi

  8. Melebihkan adat dari syariat agama.

  9. kesian jugak..tp dah adat & perjanjian tu mcm tu, kena ikut.mcm2 kan

  10. alamakberpegang teguh kepada tradisi neh

  11. aduh macam2 plak rasanya…humm

  12. payah macam ni….

  13. huhuhu… pelik2 dorang ni..orang skrang kl kawin nk tgk abis..ni muka pn xleh..haihss…

  14. bagus pulak suami dia kan. Even dah sah di sisi agama tapi masih bole bertahan selama 30 thn.kalo la jejaka-jejaka skrg ni bole bertahan mcm ni sblm kawin. mesti semua wanita akn rase secure. hihi

  15. tradisi ntah apa2 lah depa ni

  16. uniknyeee,..menarik topik ni,..die sgt patuh pd trdsi die,.waaa,kagum,.hehe,.kalau kite la cmni,xsmpat nk fkr jd cmne,.mmg x berlaku la,.hehe,.

Leave a reply to eintan nurfuzie Cancel reply