“Kali pertama melihat satu kehidupan hilang di hadapan mata.” Lalu dia mengambil foto kedua selepas kejadian itu.
“Tidak tenteram.” Petang itu akhirnya pelajar ini membuat keputusan untuk membuang gambar-gambar itu dari telefon beliau kerana merasakan sangat sedih.
Polis yang tiba di tempat tinggal gadis tersebut telah menemui termometer merkuri yang sudah pecah dan kad identiti. Dari maklumat yang diperolehi, gadis itu dilahirkan pada tahun 1994 dan baru berusia 17 tahun. Gadis malang itu turut meninggalkan sebuah diari. Penduduk yang sempat membaca beberapa muka surat diari tersebut seolah-olah menunjukkan gadis itu di dalam kesedihan:
“Semua orang tidak mahukan saya, saya tidak mahu menjadi gangguan”, “Saya inginkan kebahagiaan pada kehidupan akan datang,”. Ada juga catatan yang menunjukkan dia pernah mencuba bunuh diri dengan memotong nadi di pergelangan tangan dan melompat, tetapi “sangat takut dan tidak berjaya.” Polis telah mengambil diari berkenaan dan andaian penyebab gadis itu membunuh diri mungkin kerana masalah perpecahan keluarga.