Archive for the apa yang kita ada..? Category

>apa yang kita ada..?

Posted in apa yang kita ada..? on February 5, 2011 by sekamarrindu2009

>


Kita berada di bumi Allah ini tidak lah lama..Semua yang kita miliki di dunia ini hanyalah sementara,harta benda, dan segalanya akan kita tinggalkan, yang hanya kita bawa ialah amalan kita tatlaka bertemu dengan Allah SWT nanti.. Jesteru itu, kita tidak boleh sombong, bongkak, suka mendengki antara satu sama lain.

Seharusnya kita hendaklah menjauhi sifat-sifat yang boleh merugikan diri kita sendiri, kerana hidup ini tidak kekal dan berakhir apabila tiba di suatu ketika yang ditentukan oleh Allah SWT kelak. Sesungguhnya kesedihan, kegembiraan, kekecewaan, kenangan dan emosi-emosi lain hanyalah umpama sedetik cuma. Seumpama sesaat malam ditelan siang..

Di dalam hidup ini kita sering ditawarkan dengan sesuatu yang mahal dan terbaik namun kadang-kadang kita terlupa juga satu perkara, kita sememangnya tidak layak untuk itu.Apapun kita tidak boleh terus kecewa..kita perlu juga berusaha dan akhir sekali tawakal..berserah pada Allah SWT saja..

Seperti yang ku nyatakan tadi..memang aku tak mempunyai apa-apa. Bila berada di tempat kerja..hati berlonjak gembira bersama-sama rakan serta pelajar-pelajar ku..rasa sungguh bahagia..terasa waktu berlalu dengan cepat..tak sedar masa bergulir.. dalam kebahagiaan, kegembiraan..kadang-kadang kita terasa juga kesunyian dan kesepian..itu adalah lumrah sebagai manusia…kadang-kadang terasa akan kehilangan sangat…

Hidup bagaikan sebuah roda. Tika dan saat ini kita meninggalkan seseorang, orang yang pernah mengharapkan dan menyayangi serta menyintai kita namun mungkin esok hukum karma akan berlaku pada diri kita. ..dulu ramai sahabat, rakan taulan yang baik dengan kita, seorang demi seorang meninggalkan kita, skopnya sangat luas, mungkin dalam bercinta, mungkin dalam berkawan, mungkin dengan keluarga..semasa kecil sangat rapat, bila dewasa, hidup kamu dan hidup aku telah berbeza. semua meninggalkan kita..kita berada di dalam hampa..kecewa dan nestapa.

Dan yang akhir sekali..jasad kita ini…tubuh kita yang cukup sifatnya ini, sempurna akal ini pasti akan pergi apabila dijemput Ilahi..itulah janji Allah swt..tidak ada yang kekal di bumi milik Nya ini. Jesteru itu apa yang tinggal pada kita? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah amal soleh kita, sedekah amal jariah kita, doa-doa anak yang soleh, serta ilmu-ilmu yang bermenafaat saja yang menjadi bekalan kita.. sesungguhnya aku tak mempunyai apa-apa…udara yang kita sedut ini milik Allah, rezeki yang kita perolehi ini pun pemberian Allah jua..