Archive for the bangga Category

Subkhidin Mohd.Salleh: Pengadil Pertama Layak Ke Piala Dunia, Afrika 2010..Tahniah.!!!

Posted in bangga on May 28, 2010 by sekamarrindu2009

Muhyiddin Yassin menyampaikan replika Piala Dunia kepada Subkhiddin Mohd. Salleh yang akan menjadi pengadil di pusingan akhir Piala Dunia 2010 dekat Afrika Selatan semasa mengunjungi Putrajaya.

Subkhidin bin Mohd.Salleh

Pierluigi Collina- Pengadil Terbaik Dunia

Sebelum ini nama Subkhidin bin Mohd.Salleh, 44 tahun seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Vokasional, Nibong Tebal, di Pulau Pinang tidak siapa pun yang kenal, namun pemilihannya untuk menjadi Pengadil Piala Dunia, di Afrika Selatan, pada 11hb Jun 2010 nanti, bukan saja telah mengharumkan nama negara, malah memberikan satu kebanggaan kepada warga pendidik di negara kita.. Subkhidin, yang berasal dari Butterworth, mula menjadi pengadil Bola Sepak sejak tahun 1990 dan diiktiraf ke Peringkat Antarabangsa oleh FIFA pada Tahun 2000.

Kita pasti akan rasa teruja melihat perlawanan Bola Sepak, Piala Dunia, satu-satu permainan yang paling popular dan berprestij di muka bumi ini diadili oleh anak Malaysia yang bernama Subkhidin, lebih-lebih lagi melibatkan perlawanan penting seperti Pasukan Brazil, Argentina, England dan lain-lain pasukan. Sebelum ini ada dua pengadil dari Malaysia telah diberi kepercayaan oleh FIFA untuk mengadili Piala Dunia, ( sebagai penjaga garisan), iaitu Allahyarham Kapten Bersara Halim Abd.Hamid, pada Piala Dunia 1998 di Perancis, diikuti oleh Mat Lazim Awang Hamat pada Piala Dunia 2002 di Jepun, tetapi hanya pembantu pengadil saja, berbeza denagn Subkhidin yang bertanggungjawab penuh di padang untuk mengadili perlawanan penting. Satu kebanggan yang sangat luar biasa saya rasa, malah seluruh peminat bola sepak tanah air turut merasa bangga.

Sebagai seorang guru, Subkhidin telah dijemput ke Putrajaya oleh Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yasin di pejabatnya bagi menzahirkan rasa bangga atas pemilihan beliau ke Afika Selatan, mengadili Piala Dunia.

Subkhidin juga berjaya melepasi pelbagai ujian bagi membolehkannya dipilih menjadi pengadil bersejarah dan pastinya akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Ujian-ujian yang beliau lulus dengan cemerlang ialah:

  • Lari pecut 40m sebanyak 6 kali di bawah 6.20 saat.
  • Larian 10 pusingan sejauh 150m dan berjalan 50m sebanyak 20 kali
Dalam larian pecut 40m yang dilakukannya sebanyak 6 kali beliau mencatatkan kesemua keputusannya di bawah 6.00 saat. hebat..memang sangat hebat.

Bagi peminat-peminat bola sepak, pastinya belum lupa akan “jelingan manja”, bekas Pengadil Terbaik Dunia, Pierluigi Collina sewaktu mengadili satu-satu perlawannan. Sama dengan Subhkidin yang saya anggap seorang pengadiL yang murah dengan senyuman, tetapi sangat tegas dalam membuat keputusan. Semoga Allah SWT memberi kekuatan, ketabahan dan kesihatan yang baik padanya..
p/s: terima kasih….