Archive for the bola.. Category

bola..oh…oh..bolaaa..

Posted in bola.. on October 30, 2010 by sekamarrindu2009

bola dan cinta..
bercantum jadi satu..
malam ni jadi penentu..

jgn lupa..801…..bawa kuih atau kacang banyak2..sambil tengok bola.
sambil makan kacang..hehe

jgn lupa janji kita…

– bola sambil rindu-rinduan……hehehe

Malam Manis Buat Kelantan, Menang dengan Selangor 3-0 di Kota Bharu

Posted in bola.. on October 16, 2010 by sekamarrindu2009


Badri Radzi ( Piya) Gol ke tiga

Akmal Rizal – gol kedua

Norfarhan -menjaringkan gol pertama

Alhamdulillah, akhirnya Kelantan berjaya menewaskan Selangor, malam ini dengan jaringan yang sangat besar, 3-0. Gol-gol hasil
  • Norfarhan dalam minit ke 13
  • Akmal Rzial minit ke 24
  • Badri Radzi ( Piya) minit ke 72
Alhamdulillah juga kerana tiada berlaku apa2 kejadian yang tidak diingini berlaku.. tahniah kepada semua pengurusan The Red Warrior, Jurulatih dan pemain-pemain yang berjaya menunjukan komitmen yang paling tinggi untuk menang malam ini.

lagi cerita pasal bola malam tadi..

Posted in bola.. on October 4, 2010 by sekamarrindu2009

pemain kelatan memasuki bilik persalinan

Halim Napi (paling kanan) sempat saya berbual2 denagn dia

Indraputra berjaya merampas bola di kaki pemain N.Sembilan

masih cerita berkisar pasal bola malam tadi….
dua gol dalam tempoh dua minit pada separuh masa kedua melalui jaringan pemain pertahanan Zairul Fitree Ishak dan Akmal Rizal menyelamatkan maruah Kelantan daripada terus dicalar oleh Negeri Sembilan.
malam tadi selepas Azizi menjatuhkan S.Kunnalan di dalam kotak penalti dalam minit 62, dan selepas Abd.Halim, pemain Negeri Sembilan, berjaya menyempurnakan sepakan penalti, aku lihat wajah abg mengeleng-gelengkan kepalanya..
” Su.., abang pas ni tak nak tengok bola dah..” tulah kata-kata yang keluar spontan dari mulut abang.
aku hanya diam saja dan sempat bertanyakan pada Halim Napi ( penjaga gol Kelantan ) yang hampir dengan tempat duduk aku…
” abe Pi….guana teruk kelate malam ni nihh..”
” kelate boleh gol malam ni..jangan bimbang..” katanya yang agak yakin.
tapi aku tahu yang dia pun tak yakin dgn pasukan kelantan apabila dah kena 2-0, tapi dek kerana motivasi jurulatih barangkali, tak mudah mengalah..tu yg dia boleh mengeluarkan kata-kata begitu..
Siapa tak kenal dengan Halim Napi, penjaga gol kelantan yang berpengalaman..pernah digantung dan di denda kerana memijak dan menumbuk Aidil Zafuan Abd.Razak, dalam perlawanan Piala FA tahun 2009.
Keputusan terikat 2-2 di Stadium Tuanku Abd,Rahman Paroi, malam tadi masih lagi membuka peluang buat Kelantan untuk mengetuk pintu ke peringkat Suku Akhir saingan musim ini biarpun dalam satu lagi perlawanan kumpulan A, Selangor PKNS FC berjaya menewaskan KL Plus 3-2.
Hampir 2000 penonton Kelantan terdiam apabila gerakan dalam minit yang ke 25, melalui gerakan S.Kunnalan dari sebelah kanan pintu gol Kelantan, melorong kepada Idris karim yang melakukan tolakan ke belakang dan disudahi dengan rembatan kencang yang cantik oleh Shahurain Abu Samah menewaskan pengaja gol Kelantan, Khairul fahmi..
Jaringan gol yang pertama itu menyebabkan aku yang sebelum ini hanya diam…tiba-tiba bersuara….
” kalah dah malam ni bang…”
Tersentak dengan jaringan itu, Kelantan cub bangkit mengatur serangan, namun serangan yg diketuai oleh Hairuddin Omar dan S.Chanturu dilihat sukar untuk menembusi pertahanan tuan rumah yang diketuai oleh Mohd.Sukur Adan. ( Pemain terbaik malam tadi)
Walaubagaimanapun, Negeri Sembilan terpaksa bermain dengan 1o pemain pada minit ke 39, setelah pemain pertahanan N.Sembilan Rahman Zabul dilayangkan kad kuning ke dua dan seterusnya kad merah setelah menerjah S.Chanturu.
Selang dua minit selepas itu, pula Jurulatih N.Sembilan pula, Wan Jamak Wan Hassan, dikenakan perintah keluar padang apabila membantah keputusan pengadil.
Semua itu menjadikan percaturan Negeri Sembilan tidak teratur dan kelam kabut. Keputsaun seri dikira memadai daripada tewas kali ke dua kepada Negeri Sembilan, setelah sebelum ini, Kelantan kalah di Kota Bharu, 1-0.


Separuh Akhir Bola Sepak Piala FA: Negeri Sembilan Lwn Selangor Malam Ini…

Posted in bola.. on April 3, 2010 by sekamarrindu2009

poster pemain N.Sembilan yang ditandatangani oleh pemain Negeri Sembilan

Poster pasukan kelantan dan NS yg ada di dalam bilik saya ( bukan bilik utama)


Hari ini, mana-mana yang saya pergi semua bercakap pasal bola..di Seremban malam ini mata akan bertumpu di Stadium Tuanku Abd.Rahman, Paroi. Kerana malam ini juga Perlawanan Separuh Akhir Kedua antara Negeri Sembilan lwn Selangor, yang akan menetukan pasukan manakah yang akan ke final Piala FA. Tahun lepas, Kelantan berjaya masuk final, tetapi tahun ini, nasib tidak menyebelahi pasukan kelantan, tewas di tangan Kedah yang bermain di Stadium Sultan Muhammad Ke IV 21hb Feb.2010 yang lalu.

Perlawanan Separuh Akhir malam ini juga menyaksikan Kedah akan bertemu dengan Terengganu, dan Kedah atas kertas selesa berpeluang cerah untuk ke final kerana perlawanan pertama separuh akhir di Terengganu, Kedah telah menjaringkan 2 gol, namun, bola itu bulat, 90 minit masih ada lagi dan segala kemungkinan boleh berlaku..

Saya yakin malam ini ada Siaran Langsung ( di TV1) di Stadium Paroi, perlawanan pilihan antara NS lwn Selangor, dan Pasukan Hoben Jang Hoben berpeluang cerah untuk membuktikan salah sebuah pasukan yg hebat untuk mengalahkan Selangor, malam ini, lebih-lebih lagi kedudukan Negeri Sembilan sekarang ini mengatasi Selangor dengan 2-1, semasa perlawanan Separuh Akhir 1, yang berlansgung di Stadium Shah Alam, minggu lalu.

Apa-apaun keputusan kita lihat malam ini..saya akan ke sana untuk melihat, merasai kehangatan Separuh Akhir…kalau di Kelantan, saya ada VIP Pass untuk memasuki Stadium, tapi di sini terpaksa kena bayar lah….tak mengapa..