Archive for the bolehkah jepun menang… Category

malam ini, Jepun bakal mencipta Sejarah..menewaskan Paraguay…

Posted in bolehkah jepun menang... on June 29, 2010 by sekamarrindu2009

Keisuke Honda penyerang Jepun..

Shinji Okazaki yg menjaringkan gol menentang Denmark baru-baru ni

Pengurus Jepun Tekeshi Okada

barisan pemain Jepun


Siapa tidak kenal akan Jepun. Selain daripada sebuah negara paling kaya di dunia, Jepun juga terkenal dengan berdisiplin rakyatnya yang paling tinggi dan unggul. Unggul ertinya terbaik dan ternama. Bagaimana keunggulan itu boleh dicapai?Keunggulan adalah lahir daripada kekuatan rakyat negara itu dengan kekuatan ekonomi dan industri mereka. Sebab itulah negara Jepun yang langsung tidak mempunyai hasil semulajadi (seperti minyak, arang batu, bijih timah spt negara kita) menjadi satu bangsa yg berjaya serta unggul di dunia kerana tabiat rajin berusaha dan salah satu bangsa yang tekun bekerja, wp negara mereka musnah dan hancur akibat kekalahan Perang Dunia Kedua, Tetapi aset mereka yg terpenting dalah rakyat negara itu sendiri.

Negara Jepun yang mempunyai keluasan 377, 801 km persegi dan populasinya menjangkau 124,040,000 orang. Panjang negara ini lebih kurng 3000km dari utara sampai ke selatan manakala lebar negara ini pula 300km dari timur ke barat.

Malam ini satu-satu wakil Asia akan turun melawan pasukan Paraguay di Piala Dunia, selepas kekalahan pasukan Korea Utara dan Korea Selatan, Jepun adalah satu-satunya wakil Asia yang diharapkan akan melepasi dan berjaya memasuki Suku Akhir. Paraguay yang menjadi Juara Kumpulan F akan bertemu Naib Juara Kumpulan E, Jepun. Manakala pada jam 2.00 pagi esoknya, juara kumpulan H Sepanyol akan bertemu dengan Naib Juara Kumpulan G, Portugal.

Pada peringkat kumpulan, Jepun telah berjaya menewaskan Denmark 3-1, menewasakan Cameroon 1-0, dan kalah kepada Belanda 0-1. satu perkembangan yang sangat menarik. Jepun pasti mempamerkan startegi menyerang yang akan diketuai oleh penyerang berbisa Jepun, iaitu Keisuke Honda, bergandingan dengan Atsuto Uchida, dan Yoto Nagatomo, Shinij Okazaki yang akan bermati-matian cuba merobek gawang Paraguay.

Satu pertanyaan…bilakah mahu lihat pasukan bola sepak Malaysia di Piala Dunia.. ( cadangan: mohon Piala Dunia dilangsungkan di Malaysia, pasti pasukan tuan rumah masuk automatik.. tu saja cara…selain tu memang tidak ada..!

p/s:…..moga dirimu dirahmati Allah swt selalu…amin…{ tengok bola ya mlm ni..mcm semalam.}