Archive for the cara panaskan isteri yg dingin Category

Tazirah Petang: Cara -cara Panaskan Isteri Yang Dingin

Posted in cara panaskan isteri yg dingin on April 22, 2010 by sekamarrindu2009

Anda pasti risau melihat gelagat isteri yang tiba-tiba jadi pendiam. Kalau sebelum ini, isteri seorang yang permah, manja, mudah didekati dan suka bergurau senda, mesti ada yang tak kena apabila tiba-tiba saja isteri yang disayangi itu diam saja, Suami yang bijak akan menyiasat perubahan yang berlaku terhadap isterinya. Pada isteri, diam tu tandanya ada masalah la tu.

Mungkin diam tu, tandanya isteri sedang merajuk, gara-gara si suami tidak tepati apa-apa janji yang sebelum ini telah berjanji pada isteri. Jadi, para suami perlulah tahu cara-cara untuk mengatasi masalah ini. Tanpa kebijaksanaan suami pasti dan tidak hairan “rajuk isteri akan berpanjangan” dan tak mustahl, si isteri mengambil tindakan drastik menyuruh suami tidur di luar..Moga-moga tidak berlaku apa yang saya sebut kan tu.
BAGAIMANAKAH CARA-CARA MAHU PANASKAN ISTERI YANG DINGIN?
BERTANYA DARI HATI KE HATI APA MASALAHNYA YANG BERLAKU?
Seperti yang disebutkan, tidak mungkin si isteri dingin tanpa sebab, mesti bersebab, jesteru itu, para suami hendaklah bertanya dari hati ke hati, apa puncanya si diam dan membisu. Tiada masalah yang tidak dapat diselsesaikan, yang penting suami pandai memain peranan memujuk isteri dengan niat untuk membantu menyelesaikan masalah yang melanda. Jangan pulak, suami membiarkan isteri terlalu lama memendam perasaan. Harus diingat, Allah swt mengurniakan perasaan isteri dengan jiwa dan emosi yang lembut. Beliau mudah tersentuh dan sangat sensitif. Maka suami perlulah bijak dalam hal ini.

SUAMI HENDAKLAH BERSIKAP TERBUKA DAN JANGANLAH SUKA MENGKRITIK
Menjadi pasangan yang ideal bukannya mudah. Ianya perlukan kesabaran untuk kekal di sisinya. Bertanya secara terbuka kepada isteri dan jangan terus mengkritik apa-apa yang dilakukan oleh isteri.

Sebagai contoh:

Mengkritik secara berterusan cara isteri memasak dengan menyatakan..
” awak ni memang tak pandai masak laa….masak gulai kari pun masin…..” kata-kata yang keluar dari mulut suami seperti ini, sangat terkesan di hati isteri. Suami perlu lebih berhemah dalam menuturkan kata-kata.
Suami boleh menyatakan :
” sayang….kalau ditambah gula dalam kari ni kan..abang rasa..kari ayam ini lebih best…, sekrang ini pun sudah cukup bagus sayang..”
SUAMI PERLU PERLU LEBIHKAN MASA UNTUK ISTERI
Rumahtangga yang harmoni hanya dimiliki oleh pasangan suami isteri yang sentiasa hangat berasmara. Faktor hubungan seksual menjadi amat penting bagi mengukuhkan perhubunagn suami isteri. Suami perlu bijak dalam membaca bahasa tubuh isteri. Janganlah sampai si isteri meminta kepada si suami untuk memenuhi nafkah batinnya. Selalunya si isteri malu untuk menyatakan hal ini.

Keintiman pasangan suami isteri dinilai daripada seberapa kerap mereka melalui masa bersama-sama, dengan aktiviti-aktiviti tertentu yang menyeronokkan. Suami yang bijak juga pasti akan ringan tulang membantu si isteri. Bila ini berlaku perasaan isteri akan rasa gembira dan sangat dihargai.

KEPUASAN SEKS ISTERI PENTING
Dalam satu-satu perkahwinan, kepuasan seks pasangan suami isteri adalah sangat penting. Suami perlu memikirkan hal ini, tanpa mementingkan diri sendiri. Mementingkan diri sendiri di sini bermaksud: suami perlu pandai memuaskan isteri, biarlah kenikmatan yang dikurniakan Allah SWT itu dirasai kedua-dua pasangan.

Namun, dalam setengah kes, suami kadang-kadang berasa penat dengan beban tugas seharian, yang bertimbun. Stress ini menyebabkan kadang-kadang suami tiada mempunyai tenaga yang maksimum untuk bersama dengan isteri. Suami yang bijak akan melakukan sesuatu untuk menambahkan tenaga yang “hilang” itu. Sekarang ini banyak produk-produk yang diyakini selamat untuk digunakan..dan suami boleh cuba… ( jangan terlebih power dah la..sehingga mahu buka cawangan baru..hehe..yang tu tak elok tu..)

Suami mestilah pandai mengoda si isteri, bergossip yang halal, bersembang panjang,bergurau senda agar “kedinginan” si isteri itu dapat dipanaskan lagi..dapat dihangatkan lagi..barulah keceriaan dan kebahagiaan terpancar dalam rumahtangga.
SEKALI SEKALA SUAMI BUATLAH KEJUTAN
Di tarikh-tarikh penting seperti hari ulangtahun perkahwinan pasangan, hari lahir isteri, buatlah beberapa kejutan yang menggambarkan isteri merasakan suami tidak melupakan tarikh-tarikh penting tersebut., rasa disayangi dan dihargai. Belilah hadiah-hadiah untuk para isteri, tidak semestinya mahal, janji dibeli oleh suami dengan hati yang ikhlas, itu sungguh dihargai oleh para isteri.
Kesimpulan:
Kehidupan sebenar dalam rumahtangga bermula dari dalam bilik tidur. Salah seorang dingin di dalam bilik tidur, sama ada suami atau pun isteri, pasti kedinginan tersebut akan memberi kesan pada pasangan. Bilik tidur suami isteri tu jadikanlah tempat istirehat dan pengubatan jiwa kerana di luar sana terlalu menguji iman anda. Kedingian di bilik tidur juga pasti akan menjejaskan rumahtangga yang dibina. Jesteru itu..terletak di bahu anda sebagai suami, belajarkah cara-cara memanaskan isteri yang dingin..