Archive for the dugaan hidup aku Category

saya ada kakak??

Posted in dugaan hidup aku on June 14, 2010 by sekamarrindu2009

suram…


sepanjang hidup aku, sejak lahir 30 tahun yang lalu, aku hanya tahu aku mempunyai hanya dua adik beradik saja, aku dan abang. namun apabila dikhabarkan aku masih mempunyai kakak, satu berita yg mengejutkan..bagaikan gugur jantung..luluh perasaan

mulanya, aku ingat kata-kata ayah sekadar bergurau dan tidak memikirkan sangat hal ini, namun apabila berkali2 ayah meminta aku mencari kakak, aku jadi serba salah.. di mana mahu aku mencarinya? kenapa baru kini aku dimaklumkan hal ini?

” sebelum ayah tutup mata..carilah kakak…dan anak saudara kamu” kata-kata ayah.

” mungkin sekitar Bachok, mungkin di sekitar Kota Jembal, carilah…namanya……


aku tidak marah ayah berkahwin dua, ( menduakan awrah ibu), tetapi merahsiakan kepada aku masih ada kak, satu yang sangat mengecewakan aku.

masalahnya di mana aku nak mencarinya..? bukan senang nak mencarinya…..
p/s…..tanpa kata